Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Seperti biasa aku bagi salam kat nkorang tanpa bersahut, hee.. mungkin blog ini hanya dikunjungi silent reader sahaja, xpun memang xda langsung readers (syok syok sendiri la tuue) . Ok lah, tajuk entry aku kali nih berkaitan dengan undangan majlis perkahwinan, yang herannya, asal cuti sekolah jer, mesti dapat kad jemputan kahwen.. berlambak lambak pulak tue.. sampai ada rasa xmau pi jer majlis kahwen tuh. Nasib bek kita wajib hadir.. bleh jatuh berdosa pulak kalo xhadir. So demi memenuhi undangan, kita pon menghadirkanlah diri kita ke majlis perkahwenan tersebut. Tapi, xkan lah nak pi dengan tangan kosong jerk an an an?

Biasanya kalo nkorang pegi jemputan majlis kahwen kawan2 nkorang, mesti nkorang bawak sampul duit raya, xpun sampul surat.. dengan isi kat dalam sampul tu beberapa keeping duit seringgit.. Alhamdulillah kalo nkorang bagi sampul berisi duit… Aku penah dapat sampul kosong jer.. kesian.. Daripada nkorang dating bagi sampul kosong, lebih baek jgn bagi apa2… cukuplah sekadar nkorang menghadirkan diri nkorang ke majlis tersebut. Kerana, dengan memberikan sampul yang kosong akan menyebabkan pihak majlis merasa kecewa dan mungkin berlaku persilisihan faham… Dari majlis berkat terus jadi huru hara disebabkan nkrorang bagi sampul kosong tadi… Tapi bukan ini yang aku nak kongsikan dengan nkorang dalam siri penulisan agung kali nih. Tapi nak berkongsi tips tips yang mungkin boleh digunapakai untuk memilih hadiah undangan perkahwinan. ( yang memang niat dating nak makan and xnak bagi hadiah tuh, renung-renungkan lah entry nih yer…)

Ok lah, biasanya korang bagi hadiah apa yer? Jam dinding? Biasa sangat tuh.. kadang kadang pengantin sampai xtau nak buh kat dinding mana jam tuh… Lagi hadiah apa? Pinggan mangkuk? Haa nih lagi popular, hampir 90% yang datang bawak hadiah semuanya bagi set pinggan mangkuk. Hadiah nih relevant la, and boleh memenuhkan almari pinggan mak pengantin. (pengantin pakai 2pinggan jer, selebihnya buat koleksi peribadi ar,… ) Lagi..?? tuala mandi… ahaks, hadiah nih bagus tuk pengantin baru… sebab diorang kerap mandi… ekekeke. Adoi la… nkorang tolong la bagi menda menda yang bermakna buat pengantin baru yang baru nak mengenal erti hidup berumah tangga nih. Balik balik pinggan, jam, cawan, tuala… xpon album gambar.. sedih pengantin. (walaupun masa tuh pengantin xingat menda laen dah… asyik pikio nak masuk tido jer… ekekeke.. )


Apa yer hadiah-hadiah yang boleh menyebabkan pengantin lebih tersengeh dari kerang busuk?? Sebelum nkorang nak beli hadiah tuh, nkorang mesti ada budget tuk barang yang dak dijadikan hadiah tu.. Katakankan lah, budget nkorang RM100 termasuk pembalut hadiah.. (mulia la hati nkorang kalo budget hadiah kawen sampai 100hingget… boleh kita kawan?? Heheh ) Hadiah yang berharga bawah RM 100 banyak kat pasaran nih, nkorang boleh bagi;

1 – Televisyen

2 – DVD player

3 – Dapur memasak

4 – Rice cooker

5 – Blender

6 – Pembakar roti

7 – Cadar bilik tidur

8 – Oven buat kek

9 – Barangan kesihatan suami isteri

10 – Radio

Haaa…. Kan pengantin boleh senyum macam kerang busuk bila diorang bukak kotak hadiah. Selain nkorang dah menggembirakan hati pengantin, nkorang jugak dapat beramal jariah sekali.. ( tapi kalo dalam sehari kena 5 undangan kahwen, nkorang bahagi la Rm100 tuh kepada 5 bahagian, so setiap majlis dapat rm20 = pinggan/cawan .. ekekeke ) Amacam? Best x idea-idea aku? Agak2 leh x buat bahan kongsi? Hee.. apa apa pun terima kasih la sebab sudi menghabiskan pembacaan.

Topik-topik yang berkaitan:

6 cara basic jana pendapatan secara online
Assalamualaikum dan salam sejahtera Lama sudah x menulis didalam blog nih, je...
Pendapatan Aktif Vs Pendapatan Pasif
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syukur kita kepada Allah kerana dipertemuk...
Bisnes Online vs Bisnes Offline
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama rasanya xmenulis dalam blog nih. Ri...
Cara letak signature dalam Blog
Assalamualaikum, ringkas jer kali nih... aku just nak ajar nkorang camner nak bu...