Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tanggal 05 september 2012 genap 5 tahun pride4us.com berada dipersada online. Satu pencapaian yang agak membanggakan kalau nak dibandingkan dengan kewujudan blog-blog wordpress yang sama tahun kelahiran yang dah banyak tutup. Mungkin tiada hala tuju agaknya. (ahaks) Asal kewujudan blog ini adalah untuk menyiapkan satu projek anjuran Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah. Projek tersebut menawarkan hadiah yang agak lumayan juga kepada pelajar/individu yang berjaya menyiapkan lamanweb PSA pada 2007. Kemudian bertukar-tukar projek yang tidak berkesudahan sehinggalah wujud ketuk angel weblog ini pada Julai 2008 sehingga kini.

5 tahun owner blog ni belajar dari zero knowledge tentang perisian internet, hosting, domain, blog, adsense, nuffnang, advertlets, penipuan dan perniagaan internet menjadi  orang yang boleh dikatakan berilmu juga bab-bab design, pendapatan sampingan dari blog, affiliate, jana traffik yang tinggi dan macam-macam lagi ilmu pemasaran online. Walaupun begitu tidak banyak pencapaian yang boleh dibanggakan sepanjang 5 tahun kewujudan blog ini dipersada online.

Antara pendapatan yang pernah dicapai termasuk pendapatan dari Paypal, pendapatan dari jualan Affiliate, Google Adsense, Textlinkads, Advertlets, Nuffnangs, Adbrite dan pelbagai lagi program menjana kewangan secara online. Tuh belum campur skil jana trafik, skil dapat banyak reader blog,skil v-log yang boleh letupkan blog nkorang macam kena bom hiroshima.(ahaks) 

Banyak sebenarnya ilmu yang aku dah timba dan kaji sepanjang 5 tahun berjuang mencari Duit Online nih. Walaupun belum berhasil macam Dr Irfan Khairi ataupun Gobala Krisnan, namun ilmu yang berjaya dikumpul selama 5 tahun bergelar blogger nih sangatlah bermakna. Korang tau kenapa? kerana ilmu-ilmu yang ada kat diri aku nih, perlu dibeli dengan wang ringgit pada zaman sekarang, dan aku mendapatnya secara percuma jer dari medium yang diberi nama Internet nih.

Bagi newbie yang berminat nak tau bagaimana nak setup blogger pon kena bayar rm40 sebab kebanyakkan newbie TAKUT UNTUK MENCUBA sendiri. Ada benarnya jika sesuatu perkara kalau kita belajar dari yang pakar, Hasil yang akan keluar tuh lebih cepat dan lebih berkualiti, namun tak semua newbie kat luar berduit dan sanggup bayar rm50 ke rm150 demi mendapatkan ILMU SEGERA nih. Tapi berbaloi ke bayar rm40 hanya sekadar belajar BENDA PALING BASIC?

Apa sebenarnya yang nko nak cuba cerita kat kami semua nih hisham?

 Hehe, sebenarnya aku nak berlagak dengan theme wordpress aku yang latest nih sebab aku design sendiri tanpa upah designer dengan membayar RM100++ kepada mereka.(ahaks) Pada mulanya aku nak kongsi tips nih secara percuma jer kat korang, namun RAMAI YANG TAK MENGHARGAI ilmu percuma. Sebab tuh kat malaysia wujud team IM yang bertukus-lumus cari duit cara halal secara online dengan MENJUAL ILMU PERCUMA nih.  Sesuatu yang PERCUMA tak akan dan tak pernah pun orang praktikkan tapi bila sesuatu yang percuma ditukar menjadi BERBAYAR, baru ramai orang nak hargai dan cuba nak copycat idea. Setuju?

Ok, Apa yang nko nak jual kali nih Hisham?

Haaa, part nih yang best. Soalan cepu emas. Kalau entry yang lepas, aku ada ajar pasal ILMU PAJAKKAN emas secara PERCUMA jer, tapi kali nih aku nak kongsi ILMU aku dengan cara berbayar pulak. Sebab apa yek aku nak paw duit korang kali nih? Sebab nya sangat simple, kerana ILMU tuh pon aku BELI jugak dengan RM.. (ho ho ho) Dulu aku bagi ilmu percuma, orang kutuk aku, padahal, kalau beli ebook emas yang berbayar pon, diorang cerita BENDA YANG SAMA gak. Mengapa sama? Sebab aku sampaikan kepada nkorang semua berdasarkan kajian aku sendiri. Orang len suh beli ilmu diorang, tapi aku BAGI FREE, orang pulak tak percaya. So aku JUAL ler ilmu yang aku ada nih. Suspen x? (ahaks)

Ok, kalo nkorang rajin baca entry nih hingga ke penghujung, step-by step, topic by topic, nkorang boleh dapat apa yang cuba aku nak jual. ILMU ni kalau dinilai pada harga pasaran boleh cecah RM200, tapi aku nak jual kat korang jauh lebih murah daripada nilai pasaran.

Nkorang Kenal MINI SITE?

Haaa, antara newbie dan blogger dan silence reader nih mesti pernah dengar dan tau apa yang dimadsudkan dengan Mini Site. Mini Site merupakan laman  Jualan atau Page Jualan yang membuatkan nkorang-nkorang semua TERPENGARUH untuk membeli. Tanpa Mini Site nih, maka para IM kat luar sana xdapat lah INCOME SECARA ONLINE. Mini site nih umpama tapak niaga yang dah siap RENOVATE, nampak menarik, ditambah pula dengan Ayat-ayat memukau dan grafik-grafik yang super duper mengancam plus BONUS yang tak hinggat POWWER. ( Meleleh air liur kalau xbeli)

Apa Kaitan MINI SITE dengan Entry nko Hisham?

Sabar la… banyak tanya pulak.. (ho ho ho ho ) Buat pengetahuan nkorang yang sememang suka amik tau nih, (bukan jenis yang jaga tepi kain orang yer) Theme Blog WordPress Ketuk angel Weblog ni di taja dengan rasminya oleh PROFIT THEME. Idea pencipta theme wordpress nih sangat smart membuatkan aku terpukau dan TERBELI JUGAK theme yang berharga USD 97 nih.

Apa yang menarik dengan theme ini adalah nkorang boleh;

  • Berblogging seperti biasa
  • Menjual ruang iklan diblog
  • Membuat Member Page samaada free ataupun BERBAYAR… yer BERBAYAR..
  • Membuat laman jualan yang SUPER DUPER POWER dengan hanya beberapa klik sahaja

Larrhh Itu jer? xda la istimewa sangat!!

Heloo bro! Sis! Theme nih boleh buat nkorang JIMAT BANYAK BENDA. Kalau ada antara nkorang yang membaca entry nih baru nak berjinak-jinak dengan IM ( menda im nih hisham? IM = Internet Marketer ) Theme nih sangat sesuai buat nkorang semua. Theme nih meman super Duper Power kerana ;

  • Jimat kos nak upah Designer. Xda basic Photoshop pon dah Boleh membuat page jualan yang hebat (kalau ada basic Photoshop, satu TUAH buat nkorang kalau nkorang BELI theme nih )
  • Jimat masa nak reka Mini Site. Masa adalah element paling penting dalam dunia. Siapa dapat JIMAT MASA dia adalah ORANG yang paling kaya di dunia
  • Simple, Menarik tertarik nko memang TEMBAM lah theme nih sebab nkorang xpayah susah-susah nak pikir port mana nak buh iklan, buh borang, buh butang jualan SEMUA COMPLETE IN ONE THEME
  • Compatible untuk semua jenis autoresponder. Tak kira la kita guna self hosted autoresponder ker, getrespond ke, aweber ker, trafficwave ker, SEMUA LEH LAYAN…. 

 Tak berbaloi lah nak beli dengan harga USD 97 = RM 300 tuh.

Bang, Kak, adik, Pakcik, Makcik… Siapa cakap theme nih mahal? Berbaloi dengan harganya USD 97. Nkorang semua leh buat bukan 1 page dengan senang, malah 10 – 20 – unlimited selagi nkorang sanggup nak menjual. (ahaks)  Bukan itu sahaja, nkorang juga boleh;

  • Install kat mana-mana domain asalkan domain tuh MILIK PERIBADI nkorang dan bukan untuk dijual semula.
  • Nkorang boleh ubahsuai latar belakang theme ini mengikut kesesuian hati nkorang ( yang advance jer, yang memandai-mandai dinasihati jangan cuba)
  • SESUAI UNTUK SEMUA PRODUK JUALAN. Yang Fizikal mahupun Digital.
  • Produk Digital korang selamat dan TAK KAN DICURI. CONFIRM!!

Ok, Siapa yang TAK PATUT memilikinya?

Mereka-mereka yang tersenarai dibawah sila jangan beli;

  • Yang tak tau apa-apa pasal blog, wordpress, dan PERNIAGAAN ONLINE – nkorang leh teruskan baca entry ni  hanya sekadar bahan ILMIAH sahaja
  • Yang nak beli tapi TAK DA HALA TUJU lagi tentang bisnes Online
  • LANGSUNG BUTA IT. TAK TAU apa-apa pasal WEBDESIGN. maaf kak, abang, entry nih xajau dari a sampai z. xcukup page.

 

SIAPA YANG PATUT DAN DAPAT PULANGAN BERBALOI BALOI KALAU BELI?

  • Mereka yang tau guna microsoft word (sebab wordpress = macam microsoft word)
  • Blogger
  • Internet Markerter
  • Newbie yang baru nak berjinak-jinak Berniaga Online
  • Agen Insurance
  • Agen Hartanah
  • Agen Kopi Susu Kambing
  • Agen Produk Kecantikan
  • Agen vemma, GDI ( yang nih best sebab GDI dah ada wordpress) , Agen Topup,  Agen Burung Walit… xlarat nak sebut semua, banyak sangat!
  • Tokey Muffin, Tokey CUPCAKE, Tokey KUIH RAYA, Tokey Catering dan segala tokey yang berminat nak kembangkan perniagaan secara online

 Nko cakap POM POM POM nih Tak Kan Xda DEMO

Oh Semestinya, produk tanpa demo umpama pokok xberdaun. ahaks. Nkorang leh layari link-link dibawah unutuk melihat-lihat contoh WEB JUALAN yang mengunakan theme ini.

Produk Kesihatan, Produk Perkahwinan, Produk berbentuk perkhidmatan dan yang lain-lain akan diupdate dari masa ke semasa.

Web yang disenaraikan tuh menggunakan 100% wordpress dan tiada sebarang plugin diperlukan. Cuma menggunakan Profit Theme

Ok Hisham, Macam mana nak beli?

Ok, buat masa nih pencipta theme KERAMAT nih hanya menerima bayaran dalam USD sahaja, jadi nkorang semua kena ada akaun PAYPAL untuk membeli.  Kalau nkorang xtau apa tuh paypal, nkorang boleh klik sini. Kalau korang nak mendaftar dengan paypal, nkorang boleh klik sini

Lepastuh nkorang boleh klik di bawah untuk membeli Theme tersebut. Link dibawah nih merupakan link affiliate aku kepada web jualan PROFIT THEME nih. Oleh kerana nkorang sanggup membeli melalui link yang aku sediakan, maka aku akan bagi BONUS yang sangat LIMITED kepada mereka yang benar-benar mahu berjaya dalam perniagaan Online.

Bonus tersebut merupakan;

  • Header pilihan bagi kegunaan blog/page jualan nkorang (format .png)
  • background blog/page jualan nkorang (format .png)
  • Footer blog/page jualan nkorang (format .png)
  • stylesheet untuk blog/page jualan nkorang (format .css)

Offer nih hanya terbuka kepada mereka yang membeli melalui Link Buy Now kat atas tuh. Selepas membuat pembelian, sila bagi alamat email yang nkorang guna semasa membuat pembelian tuh, so aku leh buat semakkan sama ada betul ke x nkorang dah beli melalui link tadi. Email nkorang tuh boleh di beri melalui support ticket kat sini

Klik Create Ticket

  1. Tajuk = Pembelian Profit Theme
  2. Body = buh alamat email yang nkorang guna masa buat pembelian.

as simple as that.

Bagi nkorang yang dah memiliki Profit Theme nih dan nak dapatkan khidmat design dari aku boleh lah membuat tempahan disini

nkorang boleh tengok video kat bawah nih untuk maklumat lebih lanjut

Dapatkan Profit Theme Sekarang Juga

Topik-topik yang berkaitan:

Write articles at Hubpages
Google AdSense gives anyone anywhere in the world the opportunity of making mone...
NoKahuna.com - Integrate Your Goals
When working as a team, it is really important to set what things each member ha...
Convert Your Files Online
Now You can convert your file via online services. If your video is saved in a d...
Mylot.com - Increase your revenue by submit a review
why you should join myLot We've heard reports of many myLot users who spend mos...