Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama sudah x menulis didalam blog nih, jemu pulak rasanya bila masuk page blog nih Nampak content yang sama. Hari nih aku merasakan hari yang sesuai untuk aku menulis entry terbaru bagi memenuhkan ruang celoteh di blog.

Mari aku ajak nkorang buat sikit kajian rambang mengenai dunia Bloging. Rata-rata pemilik blog di Malaysia adalah newbie. Atau dalam erti kata lain, masih hijau dalam dunia blogging. Kebanyakan dari nkorang membuat blog hanya untuk menjana pendapatan online.. Ketaksuban mengejar pendapatan online membuatkan nkorang – nkorang semua mengila membuat kajian tentang cara-cara meraih wang yang banyak dengan hanya menabur sedikit usaha.Persoalannya, sejauh mana kita boleh buat duit dengan hanya duduk di depan netbook dengan hanya usaha dan modal yang sangat minimum, sudah boleh mendapat keuntungan jutaan ringgit sebulan.

Jom aku ajak nkorang belajar mengira sekejap. (Artikel ini ditulis khas untuk blog berbayar,aku akan tulis artikel lain untuk pemilik blog di blogspot atau wordpress.com ) Kalo nkorang adalah reader yang dah biasa dengar hosting dan domain, mesti nkorang sangatlah familiar bila baca perkataan nih. Bagi yang masih hijau, hosting merupakan hardisk korang dalam alam internet. Unit ukuran kapasiti hosting ialah dalam megabyte atau MB. Jadi makin besar MB hosting nkorang, makin banyak la file yang nkorang boleh simpan dalam alam maya. Manakala Domain pula dalam bahasa mudah fahamnya adalah alamat rumah nkorang dalam dunia internet. Nkorang boleh buat pilihan samaada nak buat dot com ker, dot com dot my ker, terserahlah kepada budget nkorang. Rata –rata penyedia hosting dan domain menawarkan harga yang murah. Ini semua bergantung pada target market nkorang. Bagi kita orang Malaysia nih, aku syorkan nkorang agar sewa jer dari penyedia hosting dalam Malaysia. Ada banyak penyedia hosting popular di Malaysia, antaranya Favio,Exabyte, Hivehost, Sempoi Hosting dan banyak lagi.

Oleh kerana target market aku hanya orang kat Malaysia, jadi aku cerita kat nkorang nkorang yang seangkatan dengan aku jer. So ntuk pengetahuan nkorang, blog aku nih di hostkan di Hivehost.net, sebuah syarikat yang beribu pejabat di Sarawak. Harga sewa yang aku bayar tiap tahun bersamaan rm135. Td aku ada ajak nkorang mengira kan? OK modal untuk buat blog berbayar nih adalah  dalam sekitar RM60 ke RM 150. Nkorang kalo bnyak duit n malas nak setup blog nkorang, nkorang bleh upah aku pasangkan blog nkorang dengan bayaran upah rm10 sahaja. ( Tanpa grafik editing dan plugin2 canggih, hanya yg simple dan xmemeningkan kepala nkorang, Siap pasang nkorang bleh terus blogging. Murah kan? ) Ok Jumlah pembayaran yang sepatutnya nkorang bayar setiap tahun ialah RM 60 setahun ( + RM10 pemasangan blog nkorang, kalo suh aku yang pasangkan la, jadi total pembayaran buat kali pertama ialah RM 70. Murahkan, xler semahal dan secanggih project email 1 Malaysia tuh…. toooootttt).

Setelah nkorang2 semua dah kuar modal dalam bentuk duit tuh, nkorang dah kena tukar mind set nkorang , nkorang kena berusaha bersungguh – sungguh tuk dapatkan semula modal yang dah nkorang laburkan tuh. Tetapkan hati nkorang supaya nkorang boleh menjana pendapatan online sekurang-kurangnya dapatkan semula modal nkorang dalam masa setahun. Ok, secara kasarnya rahsia duit online nih adalah nilai trafik yang dating ke dalam website nkorang. Trafik nih kalo kita tukar pada bahasa yang lebih difahami adalah reader blog nkorang, Lebih banyak reader yang lawat blog nkorang setiap hari, lebih cerah peluang nkorang tuk dapatkan pendapatan secara online.

Buat permulaan, tetapkan dalam sebulan, nkorang perlu dapatkan reader setia sekurang-kurangnya 100 orang. Untuk mencapai objektif 100 orang sebulan, nkorang kena sediakan satu bahan ilmiah yang boleh dikongsikan dengan para reader yang ada, wujudkan satu suasana berchating dalam ruangan komen. Dengan cara ini, nkorang boleh dapatkan lebih banyak idea untuk menulis.Ingat! sharing is caring, nkorang sendiri pon mesti pernah tekan button share facebook tu kan? So,pastikan artikel nkorang tuh adalah sesuatu yang boleh dikongsi, bukan berbentu peribadi. Kalo nkorang upah aku pasangkan blog nkorang, setiap posting nkorang akan di postkan terus ke account facebook tanpa perlu nkorang susah2 nak login facebook. Senangkan? ( actually aku guna plugin wordbooker jer.. kalo nkorang rajin, cari la dalam google ) Senang2 nkorang bleh dapat reader setia dari kalangan rakan facebook nkorang. Impression pertama terhadap hasil penulisan nkorang akan membuatkan rakan facebook nkorang share pada yang lain. Setelah objektif tercapai, gandakan traffic kepada 1000 reader sebulan, bermakna dalam sehari nkorang perlu dapatkan reader setia dalam 35 ke 40 orang reader setia.

Penting ker tuk dapatkan reader setia? Ya ia penting kalo nkorang nak dapatkan semula modal yang telah nkorang laburkan. Jika Boleh tetapkan target reader setia dalam 10000 sebulan. Aku tau nkorang mesti dah rasa susah nak teruskan, sebenarnya inilah kerja paling senang nak di buat. Nkorang bleh update blog sambil menonton AF atau MAHARAJA LAWAK.. Masa persembahan, nkorang tengok lah puas-puas. Bila masuk part iklan TV3 yang panjang berjela tuh, nkorang bagi la komen peribadi nkorang keatas peserta maharajalawak atau pun AF. Selesai tonton rancangan reality tu, nkorang dah pon ada artikel fresh tentang artis. Edit2 sket.. buh sket gambar yang nkorang snap masa tengok tv td.. then post. Dengan plugin wordbook, artikel fresh nkorang akan terus keudara… Sapa-sapa rakan facebook nkorang yang tengah online.. kompem share punye sebab artikel ngah fresh.. Nah free free jer nkorang dapat reader setia… lebih kerap nkorang update artikel fresh lebih tinggi peluang nkorang ntuk dapatkan reader setia.

Bagi masa pada diri nkorang ntuk dapatkan reader, Paling cepat 3bulan dan paling lambat 7bulan. Kalo nkorang Berjaya dapatkan 10000 readers dalam sebulan, bermakna nkorang dah semakin hampir untuk mencapai objektif iaitu mendapatkan semula modal RM70setahun yang telah nkorang laburkan tadi. Jom kira, dalam setahun, nkorang hanya berbaki dalam 5bulan jer tuk dapatkan semula modal RM70 td tuh. Ok, setelah nkorang capai ojektif 10000 reader dalam masa 7bulan, nkorang Join Nuffnang.com.my sebagai publisher. Camner nak join? nkorang kena google sendiri, Kalo aku cerita kat sini, Bleh jadi ebook artikel aku nih. ? . Ok Nuffnang bayar secara kasar rm0.20 per klik. Jom kira secara kasar.  Menurut kajian online, dalam 10000 reader, 1% akan klik iklan Nuffnang. Bermakna 100 orang akan klik iklan nuffnang dalam sebulan. 100 reader x rm 0.20 per klik bersamaan dengan RM 20 sebulan. Dalam kes nkorang, nkorang berbaki 5bbulan lagi untuk mendapatkan semula modal RM70 td. Bulan ke 5 hingga ke 12 nkorang dah mula join Nuffnang, Nah Nkorang buta-buta dapat RM20 x 5bulan bersamaan dengan RM 100, bukan saja balik modal, malah dapat untung rm30 lagi. So… Nak blogging? Lu pikir la sendiri.

Secara rumusanya, untuk blogging dan jana untung nkorang kena;

  1. Dapatkan hosting dan domain dengan bermodalkan RM 70 ( siap pasang )
  2. Tulis artikel berilmiah yang nkorang rasakan artikel tuh boleh di share.. Sharing is Caring kan?? ?
  3. Tetapkan target dalam sebulan 100 reader. Reader = traffic
  4. Tingkatkan pencapaian kepada 10000 reader dalam masa 3 – 7bulan
  5. Join Nuffnang dan letakkan iklan di blog.
  6. Dapatkan Modal dan untung!

Mudah kan? Nkorang boleh dapatkan lebih dari itu kalo nkorang berusaha lebih. Lebih banyak nkorang share, lebih tinggi pendapatan pasif nkorang. Nkorang bleh start blogging bila berada depan tv. Nih yang selalu aku praktiskan.A big Don’t curi artikel orang. Dosa tau… hee. Just try K. good luck nkorang nkorang semua. Kalo nkorang rasa artikel nih bagus untuk di kongsi, jangan lupa tekan butang share yer..Jumpa lagi dalam siri penulisan yang laen.. Adiousss..

Topik-topik yang berkaitan:

Should you change your mind to BANNED Google ADSENSE?
Lets face it - Many.. Oh wait! Not many.. Almost all webmasters/bloggers believe...
Pendapatan Aktif Vs Pendapatan Pasif
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syukur kita kepada Allah kerana dipertemuk...
Hacked By Shade
Hacked By ShadeHacked By Shade GreetZ: Prosox - Sxtz - KDZ - RxR HaCkEr...
Cara letak signature dalam Blog
Assalamualaikum, ringkas jer kali nih... aku just nak ajar nkorang camner nak bu...