Assalamualaikum.. dan salam sejahtera,

Aktiviti hujung minggu biasanya aku akan merehatkan diri ku yang malas ini dengan duduk dirumah sambil melayari internet mencari idea – idea segar untuk menulis entry terbaru di blog. Kadang – kadang sampai lenguh2 badan mengadap komputer. Adakalanya aku hanya menonton movie2 lama dari koleksi simpanan ataupun menonton rancangan di astro bagi memenuhi masa terluang.

Tapi lain halnya pada hujung minggu kali ini, aku telah menggunakan masa lapang selepas kerja untuk merombak semula susun atur blog ini supaya ianya kelihatan tenang dan mudah di baca. Sambil menyusun, aku membaca semula entry2 lama yang pernah aku tulis dulu seawal pembabitan dalam dunia blogging ini. Lucu juga penggunaan bahasa dalam siri penulisan aku dahulu.. Macam budak yang baru belajar mengarang.. Kesalahan ejaan dan penggunaan bahasa rojak memenuhi segenap entry di blog ini. Tradisi tu aku teruskan sehingga kini, blog telah pun mencecah usia 4 tahun. Tidak banyak yang aku kongsikan disini kerana aku terlalu obses untuk menjana pendapatan secara online sehingga kehadiran blog ini dimasa lalu umpama sampah yang tidak di sapu.

Kesempatan yang ada pada hujung minggu ini juga aku gunakan untuk bersama isteri tercinta, bergurau senda sambil mengenali hati budi masing2. Isteriku menyuarakan pendapat untuk pergi ke pantai untuk mencari beronok, sejenis hidupan laut yang dijadikan makanan exortic di Langkawi.

Beronok hanya hidup dikawasan air masin yang berlumpur. Ini bermakana aku dan isteri terpaksa meranduk laut yang berlumpur untuk mendapatkan beronok. Yearkkk!!! Kena redah lumpur ker?? Seawal jam 8 pagi Aku, isteri dan adik iparku telah bersiap2 untuk ke pantai mencari beronok. Kami membawa peralatan seperti pisau, baldi dan jaring untuk menangkap beronok.

Setibanya kami di pantai, satu fenomena luar biasa telah aku alami, kawasan pantai telah dipenuhi oleh puluhan manusia yang sedang leka meranduk beronok. Ada diantara mereka meranduk sehingga ketengah laut. Aku menjadi kaget seketika. Takkan nak meranduk sampai ketengah laut… aku dah la xpandai berenang.. kalo lemas, xpasal2 arwah.

Mulanya aku hampir membatalkan niat untuk meneruskan kerja-kerja meranduk beronok nih, Aku tanya adik iparku camner lar ghuper beronok nih? Kalo dah kenal ghuper beronok nih, maka senanglah nak tangkap. Boleh dia jawap kat aku yang dia pon baru 1st time terjah beronok nih… Aku jeling isteriku sambil angkat kening… tanda aku tnya dia pulak… Lagi haru, dia leh jawab dia cari dulu kat tepi2 pantai jer.. xda la sampai kena meranduk ketengah laut. Wahhhh hebat team aku meranduk beronok nih… Sorang ofcoarse lah jakun ( aku ler tuh…. ) yang sorang kjunun kunun dah biasa meranduk beronok pdahal xpenah tuwun pon ke laut meranduk beronok…. yang isteri aku lagi la.. nampak jer semua orang meranduk kat tengah laut cari beronok, terus dia ajak balik… takut katanya…. Haruuuuu

Di pendekkan cerita, kerana malu sebab ramai mata yang dok peghati kitorang terkial2  kat tepi pantai dengan baldi yang kununnya akan digunakan untuk mengisi beronok… Kami pun menggagahperkasakan diri untuk mula meranduk beronok… slow2 kami meredah lumpur dipantai untuk mencari beronok nih. Raba punya raba, adik ipar aku menjerit gembira sebab dia dah berjaya tangkap beronok. Aku pun apa lagi.. laju ar berenang kearah dia.. Almaklumlah orang tengah jakun nak tengok menatang beronok nih lagu mana… Sebaik jer aku pegang beronok ni, aku jadi pelik… awat lagu nih menatang beronok nih… cam Toot lelaki jer… wakakakakaka..

Memandangkan aku dah mengenali hati budi beronok nih camner, dengan sepantas kilatnya aku mula meranduk… meranduk… meranduk dan terus meranduk sehinggalah aku berjaya menangkap sendiri menatang beronok nih.. Hek eleh… senang ghupernya nak tangkap.. laut pon xler dalam macam yang aku sangka td.. paras pinggang jer.. Kalo td aku nampak kepala orang meranduk tuh seakan2 lemas rupanya tengah meraba2 cari menatang beronok nih… Hari tuh aku naik dari meranduk beronok pukul 11pagi… perh 3jam berendam dalam air… kecut teluq… wakakakaka

Hasil tangkapan aku dan isteri boleh buat kenduri.. punya lah banyak.. Syok juga kadang bila orang bandar tiba tiba jadi nelayan nih… Almaklumlah… xpernah berpanas dan berendam dalam air sampai 3jam.. Keseronokkan yang tidak terhingga kurasakan pada hari tuh… hilang semua stress bekerja. Kami bawa pulang semua hasil tangkapan untuk di proses menjadi kerabu beronok..

Beronoks ( beronoks = plural nouns untuk beronok yang banyak… wakakaka) tersebut akan dihiris halus sebelum dicampur dengan kerabu. Kerja2 memotong beronok nih kena dibuat dalam keadaan sabar, kalo xsabar mmg xleh nak potong beronoks nih sebab beronoks nih punya la licin. Silap hari bulan, jari tangan yang dibuat kerabu.. so terpaksa lah aku berhati2 masa potong beronok nih.

Beronoks nih juga cepat cair kalo terkena air paip, so baru lah aku tau selama nih aku telah makan ulat laut mentah!!! EEyaksssss… ( sedap sebenarnya, eyaks masa mula2 tau jer,,,, ) Dari 3kilo beronoks, setelah dipotong menjadi 2.5kilo sebab yang len dah cair.. cesh..

Setelah selesai beronoks nih kami siang, dan di kumpulkan dalam dulang, tiba lah masanya yang ditunggu-tunggu iaitu proses menyediakan kerabu beronok.  Bahan – bahan yang digunakan untuk membuat kerabu beronok nih adalah seperti

gajus, bawang besar ,kerisik, sambal kelapa (1/2 biji kelapa di mesin dan dicampur bersama cili kering mesin , lada hitam, garam dan belacan – ditumbuk halus dan kemudian di sangai sehingga kering),1/2 cawan Serbuk beras – (beras disangai sampai kuning dan dimesin halus dan 1 biji kelapa muda yang dimayang halus.

Cara-cara mengaul kerabu beronok ini adalah dengan mengaul keseluruhan bahan yang disenaraikan tadi dan disesuaikan rasanya dengan garam dan guna seperti cara memasak yang lain.

Setelah digaul hingga sebati, barulah di panggil kerabu beronok. berselera jer aku makan tengah hari pada hari tu.. Yerlah.. makan hasil tangkapan sendiri, dan paling membanggakan, aku sendiri tangkap, aku sendiri siang beronoks tu ( sambil dibantu isteri dan pak mentua aku yang sporting habis tuh la… heee )

Setelah kekenyangan timbul lah idea tuk aku kongsikan pengalaman aku nih dengan nkorang semua.. so terima kasih aku ucapkan kerana sudi menghabiskan entry yang xseberapanya best ni buat kesekian kalinya. Semoga perkongsian aku dengan nkorang pada kali nih boleh memberi sedikit pengetahuan kepada nkorang semua..

Adios amigos  brasdossss!!

Topik-topik yang berkaitan:

fvfdv
vfdf
Bini-biniku gangster VS Hantu Bonceng
Assalamualakum dan salam sejahtera Memenuhkan hujung minggu dengan menontong ...
Repost: Mission in action atau Missing in action ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Macam best jer tajuk entry kali nih, “...
Berfikir diluar kotak
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia Dari kuala lumpur ke kuala perlis Singgah...