Ngape Lelaki Benci Pompuan??

Busy Body – Wah..Ini yang paling dibenci.. Semua benda dia nak tau.. Segala tindakan kau dia akan perhati.. Sampaikan tido pakai ubat nyamuk apa pon dia nak runsing.. Apekeheynyer..

Kuat Cemburu – Ini agak lemah sket.. Kau kena selalu berjaga2 bila bersama si dia.. Terpaksa mengawal semua tingkah laku.. Sampaikan kau naik muak dengan kecemburuan dia itu..

Kuat Merajuk – Adik kepada perangai di atas ni.. Memanglah merajuk tu suatu yang sweet kata orang.. Saat dipujuk itulah yang sering menjadi kenangan indah untuk kau.. Tapi kalau selalu, tak ke menyampah?

Meragui Cintamu – Setiap hari mengajukan soalan yang sama “betulke kau cintakan aku?” “apa bukti kau cintakan aku”.. Wajibkah cinta untuk ditayang? Terbuktikah cinta dengan luaran?

Berlainan Minat – Memang agak payah menghadapi situasi ini.. Andainya kau suka tengok bola, dia pula suka tengok wayang.. Tak ker runsing memikirkan jalan terbaik.. Lainlah si dia suka tengok muka mamak, takde la dia bosan bila kau tengok bola..

Mencari Kesempurnaan – Bukankah ini dah menjadi beban untuk kau… Sentiasa berusaha untuk mencapai seperti yang si dia inginkan.. Ahh.. Persetankan semua itu.. Buat cara kau.. Itu yang terbaik..

Tak Makan Saman – Semalam kau dah tegur dia, tapi hari ni si dia tetap berdegil.. Apa tak reti bahasa ke? Takkan bila dah pedas baru sibuk nak mencari sirap..

Kaki Kondem – Selalu sangat si dia mengkritik kau.. Semua rasa tidak bez bagi dia.. Senang kata lain, si dia perasan bagus.. Ahh.. Lantakla.. Janji kau suka..

Ngape Pompuan Benci Lelaki?

PENIPU – Dah tentu la para hawa nie tak suka akan penipu.. Itu dah kompem.. Siapa yang nak ada pasangan yang menipu kan..

TERLALU MENGAMBIL BERAT – Adeh.. Jangan poyo sangat.. Si dia pon tau menjaga diri.. Nanti si dia ingat kau terlalu mengongkong dia pulak.. Perbataskan kerisauan kau tu.. Dia pon dah besar panjang..

KAU PEROKOK – Mesti dia akan cakap bila ditanya “i tak kesah, tapi kalau boleh berenti la.. kan tak elok ntuk kesihatan” Itu maknanya dia tak suka la.. Berhentilah kalau boleh.. Dia pon mesti ada terpikir dengan kesihatan anak2 nanti bila berkeluarga..

TIDAK LUPAKAN CINTA LAMA – Tak habis2 kau cerita kisah kau ngan awek lama kau.. Pas tu kau banding2kan pulak.. Marah la dia beb.. Simpan @ buang memori lama tu.. Jangan sesekali ceritakan depan dia.. Nanti dia ingat kau masih belum mencintai dia lagi..

TIDAK SOLEH – Bukan la si dia nak kau tu sampai jadi imam, tapi cukuplah kau punya ilmu asas dalam agama.. Tidaklah dia risau bila mendirikan rumahtangga nanti.. Sama2 membimbing.. Jika dia salah kau boleh tegur dan begitulah sebaliknya..

SENSITIF – Adui.. Jantan beb!! Pebarang sensitif nie.. Takkan nak si dia pujuk kau pulak.. Tunjukkan kejantananmu itu.. Walaupun benar kau bengang, direct cakap kat dia.. Dia pon akan suka dengan kejujuran kau itu..

TAK SERIUS – Tunjukkan kesungguhan kau.. Nanti dia ingat kau main2 dalam bercinta…Cukuplah katakan sayang sebelum kau tidur.. [call jer bg yg belum kawen]

KAU PERALATKAN DIA – Kau bercinta ngan dia sebab dia cantik, kau bangga.. Dia banyak duit, kau boleh cukur.. Yang paling sadis bila kau bercinta ngan dia sebab kau bosan!! Kau takde cinta tapi hanya ada dia yang nak bercinta dengan kau.. Tapi kau tak ikhlas.. Jangan mainkan perasaan perempuan..

source artikel – http://www.menteil.net

Topik-topik yang berkaitan:

3 Things You Should Never Do Win Your Ex Back
Sometimes a break-up just isn’t reason enough to stop loving your ex. Of cours...
10 Petanda Dia adalah Jodoh Anda
Gunakan seluruh pancaindera Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh T...
Kegilaan Bisnes Internet dan Google Adsense
Sebut sahaja bisnes internet, semua orang tau... Bisnes internet = jutawan. Tapi...
10 Perfect Wedding Gift Idea’s drive to your friends
When one of your friends or family members gets married, your wedding gift shoul...