bini-biniku gangster Vs Hantu Bonceng

Assalamualakum dan salam sejahtera

Memenuhkan hujung minggu dengan menontong wayang menjadi pengisian terbaru bagi diri aku dan keluarga. Pelbagai cerita menarik yang sedang ditanyangkan dipawagam buat masa ini. Antaranya Filem Rowan Atkinson ( mr Bean ) yang berjudul Jonny English Reborn tuh. Ramai yang memberi komen yang filem ni sangat enjoy. Tapi bukan cerita nih yang aku nak ulaskan dalam blog yang seberapanya ini.

Ok lah, nkorang semua mesti tahu tentang Filem sensasi Hantu Bonceng yang didakwa mempersendakan Islam dan Filem terbitan David Teo ( Bini – Biniku Gangster ) yang dikatakan menghina pertubuhan PEKIDA.. Isu menghina islam dan menghina pertubuhan PEKIDA ini bukan la agenda baru tetapi genre Lapuk yang diulang2.

Aku rasa terpanggil untuk membuat sedikit ulasan yang mungkin menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan peminat-peminat mahu pon ahli-ahli pertubuhan PEKIDA sendiri ( arghh pedulik apa aku… blog aku… aku punya suka la, heee). Penghasilan filem yang bermutu dan filem yang selalunya boom di pasaran juga mampu menjadi ikutan masyarakat. Golongan remaja dan kanak-kanak adalah golongan paling berpotensi sekali untuk mendorong diri mereka meniru segala aksi dan dialog diadalam filem.

Jadi sebelum menjadi pengkiritik filem yang berjaya ( ceeiiihht ), maka aku perlu menonton sendiri kedua-dua filem kontroversi ini. Sejauh mana kebenaran tomahan orang ramai terhadap filem-filem melayu ni, aku perlu perhatikan dan kaji ( kes xda keja n makan gaji buter kat opis lah nih ).

Setelah aku menonton sendiri kedua-dua filem tersebut, aku mendapati beberapa perkara yang positif dan negative bagi kedua-dua buah filem ( yang mana kedua-dua filem adalah majoritinya pelakon melayu islam… ) yang boleh dikatakan menyentuh sensitivity. Antara yang dapat aku kumpulkan adalah;

Filem

Penilaian Positif

Penilaian Negatif

Hantu Bonceng

          Mengajak remaja-remaja yang liar duluar sana kembali kepangkal jalan..   ( tapi still ada scene yang mengejek Islam dalam surau tuh  )

          Dialog – dialog yang digunakan boleh menjadi ikutan dan  mewujudkan pencemaran bahasa

 

 

          Banyak lawak – lawak akidah yang pada aku xboleh di terima. Seharusnya kalimah syahadah bukan untuk disebut dalam keadaan terjerit jerit. ( Dan kalimah – kalimah Allah yang lain nya. )

 

 

          Zizan seharusnya meminta pendapat daripada alim ulama sebelum mengucapkan dialog2 tersebut didalam filem kerana anda seorang yang popular dan mudah menjadi ikutan remaja. ( free jer nko tanam dosa MLM akibat dari dialog-dialog nko Zizan..)

 

 

 

Bini – Biniku Gangster

          Menyampaikan mesej tersirat kepada persatuan – persatuan bangsa melayu yang wujud di Malaysia ni agar semuanya bersatu ( kesemua ayahnda dan guru silat )

          Scene dalam bilik yang agak-agak porno gitu  ( tapi serius lawak giler… )

 

          Kebaikan berpoligami seperti yang disarankan islam ( Ada banyak scence lucu.. aku suka)

 

 

          SUAMI Didahulukan Pencapaian Diutamakan.. ( nih perli PM ke aper.. ahaks )

 

 

          Isteri walau tinggi mana pangkat tapi tetap hormat suami.. sesuatu yang harus dicontohi…

 

Ha nih lah antara sedikit sebanyak aku nampak dengan pandangan pancaindera keenam semasa aku menonton kedua-dua filem nih. Actually aku hanya tonton Bini-biniku gangster jer dalam wayang, Hantu bonceng aku tengok kat youtube jer.. Nasib lah aku tak tengok dalam wayang filem hantu bonceng tuh, Tak pepasal jer aku jadi penyumbang kepada filem yang banyak lawak akidah tuh…

So di akhir kata, aku memohon banyak-banyak maaf dari korang semua yang membaca baik peminat zizan mahupun ahli-ahli PEKIDA sendiri. Apa yang aku coretkan disini adalah pendapat peribadi aku sendiri yang mana tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Kesimpulannya disini, Filem Hantu Bonceng memang nampak menghina Islam melalui dialog dan aksi-aksi mereka dan filem Bini-biniku gangster xlah menghina PEKIDA pon tapi mengajak ahli PEKIDA ( dan yang seangkatan dengannya ) semua agar bersatu…  Jadi apa kata korang??

Topik-topik yang berkaitan:

fvfdv
vfdf
Ada apa dengan Langkawi - Edisi Mencari Beronok
Assalamualaikum.. dan salam sejahtera, Aktiviti hujung minggu biasanya aku ak...
Repost: Mission in action atau Missing in action ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Macam best jer tajuk entry kali nih, “...
Berfikir diluar kotak
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia Dari kuala lumpur ke kuala perlis Singg...