hadith-quote

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama rasanya xmenulis dalam blog nih. Rindu jugak nak berbual-bual dengan nkorang-nkorang semua. Agak-agak ada xlagi peminat weblog nih yang sudi menjenguk menanti update terkini dari aku. ( ahaks ).  Sedar xsedar dah macam-macam cerita yang aku kongsikan dengan korang semua, bukan berbentuk peribadi, tetapi artikel ilmiah semata-mata dengan niat berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pendapat. Jarang sekali diri ini membincangkan bab-bab politik, tapi kalau terpaksa.. tulis jugak politik yang merapu. ahaks.

Sekian mukadimah artikel pada kali ini, berbalik kepada tajuk entry.. Bisnes Online vs Bisnes Offline.. Mungkin nkorang semua ada membaca artikel aku yang terdahulu yang mana ada membincangkan soal perniagaan emas, cara-cara merempit emas, dan kebaikan melabur emas. Pada kali ini, aku bukan nak cerita pasal perniagaan emas yang memerlukan modal yang sangat banyak dan berisiko tinggi. Tapi lebih kepada membincangkan soal bentuk perniagaan yang sesuai dijalankan oleh kita-kita yang bermodal rendah.

Nkorang semua mungkin pernah baca iklan di Facebok atau blog-blog tentang RAHSIA bermodalkan RM25 boleh untung RM30000? Ayat iklan tuh jer dah menarik minat aku yang bersifat tamak nih supaya klik iklan dan baca apakah RAHSIA yang KUNUN rahsia tuh. Tak tahu la nkorang macam mana, mungkin ada segelintir dari nkorang xberminat pon nak tau. Tapi siapakah golongan orang yang selalu jadi TAMAK bila terjumpa iklan sebegini?

orang tuh mungkin;

  • bersifat tamak
  • banyak hutang
  • Blacklist dengan Bank
  • nak kawen tapi xda duit
  • malas kerja tapi nak untung cepat
  • minat bisnes tapi blur ( xda hala tuju)
Mangsa Keadaan ataupun Sengaja pilih untuk Jadi mangsa?

 Golongan yang tersenarai kat atas ni lah yang selalu menjadi MANGSA keadaan kerana mereka sendiri yang pilih untuk jadi mangsa.(termasuk lah aku… ahaks). Bisnes online dan Bisnes offline nih sebenarnya perlu usaha yang kuat untuk mendapatkan keuntungan maksima. Kedua-dua bidang memerlukan modal dan kepakaran untuk menjalankan perniagaan. Jika kita terlalu tamak dan percaya bahawa bisnes online lebih menguntungkan berbanding bisnes offline, maka ia merupakan satu tanggapan yang ternyata silap.

Bisnes memerlukan Modal dan kepakaran. Tanpa modal, maka tidak dinamakan bisnes. Sebagai contoh, jika nkorang nak jadi seorang agen jualan topup, nkorang perlu membayar sekurang-kurangnya RM10 sebagai yuran pendaftaran. Tuh belum termasuk kos topup hp, kos modal permulaan untuk menjadi agen jualan, mungkin sewa kedai dan sebagainya. Jadi Konsep Jutawan Segera tuh hanya omongan kosong. Tiada apa yang segera di dunia ini kerana semuanya memerlukan usaha dan masa.

Risiko juga perlu nkorang ambil tahu sebelum menjalankan sebarang bentuk bisnes. Risiko sangat penting untuk diketahui agar bisnes yang nkorang jalankan tuh xlah tersangkut ditengah jalan. Rugi beb, modal dah riban-riban alih alih terlungkup ditengah jalan. Ramai sebenarnya usahawan muda terkandas semasa proses awal menjalankan sesebuah perniagaan. Kurang perancangan dan modal menjadi antara faktor penyebab mengapa begitu ramai usahawan muda mengalah di tengah jalan.

Statistik blacklist dari BNM juga menunjukkan 17.8% usahawan muda telah diisytiharkan MUFLIS. Perh… satu perkataan tapi membawa SERIBU BENCANA kepada pemiliknya.(ahaks) Ini menunjukkan bahawa bidang perniagaan bukanlah satu bidang yang MUDAH untuk di kuasai. Tidak semudah 123 atau ABC seperti kata-kata kebanyakkan usahawan internet di Malaysia. Yang mudah mungkin cara yang digunakan, tapi untuk PERLAKSANAAN ke arah kejayaan, usahawan itu sendiri perlu memainkan peranan.

Jika ramai yang masih beranggapan bahawa Internet sebagai MESIN DUIT yang MUDAH, anda semua silap. Untuk menukar medium internet sebagai mesin duit yang mudah sebenarnya memerlukan KEPAKARAN, MODAL yang tinggi serta MASA yang panjang untuk merealisasikan pendapatan secara maya. Nkorang mungkin biasa dengar ayat, JOM GANDAKAN PENDAPATAN ANDA dari RM800 sebulan kepada RM 8000 Sebulan. Sapa xnak beb RM8000 sebulan? Bleh buat simpan pegi haji tuh.. 🙂

perniagaan-dan-facebook

Perniagaan Online dan Facebook

Sedar x sedar sebenarnya perniagaan online nih berkait rapat dengan perniagaan fizikal. Cuma Usahawan online tidak memerlukan Kedai sebagai tempat untuk display produk-produk mereka. Mereka hanya perlukan gambar produk dan terus melakukan sebanyak mungkin promosi kepada pelanggan. Pelanggan mereka ni lebih popular dikenali sebagai TARGETED CUSTOMERS. Mana nak daptkan Targeted Customers nih?

Kalau diawal kemunculan istilah Perniagaan Iternet ini sekitar tahun 2000 dahulu, Medium seperti forum, friendster dan myspace menjadi punca kewangan dan tempat usahawan-usahawan internet ini melakukan jualan produk mereka. Mereka menawarkan produk berbentuk perkhidmatan kepada pelanggan mereka dan pasaran hanya tertumpu di US. Agak sukar untuk membuat jualan kepada pelanggan dari Malaysia.Namun setelah kelahiran Facebook dan mula popular di Malaysia pada awal 2007, maka tumpuan jualan telah beralih kepada pemasaran di Facebook.

Produk juga telah berubah dari berbentuk perkhidmatan kepada produk-produk fizikal seperti tudung, baju, permainan dan sebagainya. Walaupunbegitu, medium-medium seperti forum masih lagi relevan untuk mempraktikkan pemasaran kerana tidak semua orang gemar berfacebook. Bezanya, para usahawan internet sudah boleh memasarkan produk mereka di dalam pasaran tempatan tanpa perlu bersusahpayah seperti dahulu untuk bersaing di pasaran antarabangsa.

Perh… panjang gile pengenalan… Belum masuk bab keberkesanan perniagaan online dan offline lagi nih. Sesekali dapat menaip terus panjang berjela.. kalo hantar kat cikgu BM agak2 dapat markah berapa yer?Ok lah jom kita teruskan perbincangan mengenai Bisnes Online dan Bisnes Online ni. Sebelum artikel nih jadi lebih panjang dan xtau nak berhenti kat mana, so aku senaraikan dulu perbezaan antara kedua-dua bidang bisnes ini.

Bisnes Online Bisnes Offline
Modal Permulaan Rendah Tinggi
Modal Pusingan Rendah Tinggi
Sewa Kedai Tiada Tinggi
Bil dan Utilities Komitmen Rendah Komitmen Tinggi
Bekalan Produk Tidak Perlu Tempat Simpan Perlu ada stor penyimpanan
Produk Expired Hampir Tiada Kerap
Pekerja Boleh Diurus secara sambilan Memerlukan Pekerja
Pengurusan Masa Flexible Seperti Office Hour
Margin Keuntungan Tinggi Tinggi
Margin Pasaran Tinggi Bergantung pada pasaran
Risiko kerugian Rendah Tinggi

 

Punya panjang berjela mukadimah, setoot nih jer perbezaan yang nko nak tunjuk Hisham? Sebenarnya banyak lagi yang aku nak share ngan ngkorang semua, cuma kalo aku muatkan semua info dalam satu artikel nih, website nih xdipanggil blog la.. tp dipanggil ebook. (ahaks) So untuk mewujudkan satu kelompok reader setia ( ada ker ) so terpaksala artikel berkenaan bisnes Online Vs Bisnes Offline nih aku buat secara bersiri. Baru thrill… ahaks Ok lah, jari pon dah lenguh menaip. Apa kata nkorang bagi sket pendapat or idea, kot-kot bleh buatkan artikel sambungan selepas nih jadi lebih menarik. Jom Bincang!!!

Topik-topik yang berkaitan:

Download and Watch Movie Spider-Man: Homecoming (2017)
Spider-Man: Homecoming (2017)Director:Jon Watts.Writer:John Francis Daley, Jonat...
Public Fine Gold dan Barang Kemas merupakan satu pelaburan
Assalamualaikum, Lagi sebulan aku akan melangkah ke alam baru selepas 27tahun ...
Kejatuhan Nilai emas dan Pengukuhan Nilai USD satu PENIPUAN
“Jika anda ingin mempelopori penguasaan ekonomi di Malaysia, bermula lah dengan ...
Cara letak hide shoutbox di Blog
Assalamualaikum, ringkas jer kali nih... aku nak ajar nkorang satu trick camner ...