“Kera dihutan disusukan… Anak dirumah Mati kelaparan”

“Rakyat didahulukan… Pencapaian diutamakan… “

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kegemparan terbaru yang melanda rakyat Malaysia hari ini adalah kenaikan kadar cukai terhadap nilai kad tambah nilai kepada 6% untuk setiap pembelian. Ini bermakna setiap orang yang membeli Topup RM10 perlu membayar RM10.60 sebagai cas perkhidmatan. Sumber maklumat diperolehi dari  web http://mynewshub.my/2011/09/08/gempar-top-up-handphone-kena-bayar-cukai-mulai-15-sept/ menunjukkan bahawasanya kerajaan hari ini mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian..

Keperihatinan pihak kerajaan membela nasib rakyat sangat terserlah dengan adanya kenaikan – kenaikan harga barang ini bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia ‘berjimat – cermat’ sambil mengikat perut untuk menyara kehidupan. Adalah menjadi kebanggaan setiap rakyat Malaysia apabila Negara dapat menyumbang bantuan kewangan dan makanan ke Negara-negara islam seperti di Palestine, Bosnia, Somalia, yang mana lebih kepada  “ kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan “.

Setinggi ucapan tahniah kepada pihak kerajaan kerana berjaya merangka ekonomi bersepadu sehingga mampu menjana peningkatan ekonomi secara mendadak tanpa perlu mendapatkan bantuan kewangan dari Negara luar selaras dengan ungkapan “ pencapaian diutamakan “.

Hebatnya pimpinan Negara kini dalam menyekat pertumbuhan kekeluargaan sehingga dapat mengurangkan populasi Negara tanpa perlu mewujudkan akta “ 1 keluarga 1 anak “ seperti yang dilaksanakan di kebanyakan Negara maju seperti di Singapura. Ini kerana dengan sendirinya rakyat dapat merancang kadar populasi keluarga didalam melawan arus kesempitan hidup yang dialami akibat dari kenaikan cukai-cukai barangan.

“mari menangguk diair yang keruh” begitulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada pimpinan pembangkang kerana sudi menyelami hati rakyat yang kusam ini. Dengan mewar-warkan sekiranya mereka memerintah, mereka akan hapuskan segala tampuk pimpinan lama “Demi Rakyat “ tercinta.. mereka sanggup menjadi komunis menyokong propaganda mereka  “demi rakyat “ tercinta…

“Ibarat kaki didalam mulut HARIMAU, mahu dilepaskan BUAYA menanti, mahu kekal digigit, membusuk Kaki “ itu lah perumpamaan yang sesuai kepada setiap rakyat Malaysia yang “aman dan damai” ini..

Serumpun lidi boleh dipatahkan dengan mudah, tp kalau dihimpun menjadi penyapu, si kucing pon lari… Kita sebagai Bangsa Majoriti sepatutnya bersatu, atas satu nama iaitu islam, bukannya parti atau persatuan. “ Bulan yang terang tak perlu di suluh, timbangan yang rosak perlu di buang “ Marilah kita bersama-sama melakukan penghijrahan agar tidak lagi berlaku penindasan.

Topik-topik yang berkaitan:

"Hello Malaysia..I'm Back!!" -said ANWAR-
Assalamualaikum pada yang muslim dan Salam sejahtera pada yang bukan muslim.. D...
Mencegah lebih baik dari mengubati
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca blog ini, Kebelakangan ini, p...
Merdeka Kali Yang Ke-55
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bertemu sekali lagi kita pada hari yang ...