Sori ar lambat membalas tag nih….almaklum baru pertamakali kena tag… Ok..kita mulakan dengan tag dari Rokudaime_jr

Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
> hmmmm mula berposa ek… seingat aku lah ka, aku mula berposa sebab dapat upah sehari posa penuh dapat rm 5 dari mak aku…. hehehe masa tuh umur 6 tahun….duit raya beb… sebulan dah berapa???? RM 150 tuhh… huhuhuu

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
> hahahahaha…. mesti lah penah…. xtahan nengok member2 sebaya minum air batu…. tangkap leleh beb…..huhhuhu dek kerana ponteng nih upah posa aku dah berkurang rm50… 1o hari tuh aku kantoi…

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
> gile ke hapa soklan nih??? penah ke nkorang dengar kampung nkorang senyap tanpa mercun???? alangkah bosannya raya tanpa mercun…. DAM DAM DUM… Bunyi mercun…. ANAK2 putus jari berduyun duyun…. huhuhu

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
> huuuuuuu nih lah soklan kegemaran aku…. juadah kegemaran masa berbuka ialah roti jala di cicah dengan kari daging…. masyuk woooo di tambah pulak dengan kesejukan air kelapa… perh…akibat telebih makan sampai terawih pun aku x pi… hahaha

Lagu raya manakah yang anda suka??
>lagu ek??? Dendang perantau lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P Ramli… leh nangis bila dengar lagu nih… terutamanya masa aku ngah sem 2 kat politeknik… xdapat balik… sedih wooo

Tahun ini anda beraya di mana??
> Sadis nya soklan nih… memandangkan aku xda kampung… so aku beraya kat Kampung Nakhoda je… kira kampung la jugak kan….hehe

Pernahkah anda bertugas di hari raya??
> hoho… belum lagik ar beb… tapi kalo Raya Aidiadha pernah la…huhu.. pagi sembahyang raya… petang dah kena keja…ampeh…ampeh

Apakah kenangan paling manis di hari raya??
> kenangan manis ek…. hmmmmm masa dapat uit raya ar maaa…. dah beso beso nih kena bagik orang uit raya pulak dah… huhu kira kenagan pahit lah pulak….ahaks

Sebarkan tag ini kepada 8 orang sahabat bertuah pilihan anda.
> Rokudaime_jr, Remyza, Norizam, Muznaz, Faris, Azleah,suth yg lain2 aku x tau nak tag sapa dah….Hehhehe…..

Apa erti Hari Raya pada korang??
> Pada aku pengertian hari raya nih ialah kemenangan setelah melawan sebulan hawa nafsu… bagi yang gagal tuh… insaflah… beribadatlah sebelum terlambat
Apa yang wajib korang buat bila Hari Raya Menjelma
> Dulu bangun pagi pas semayang subuh, aku mintak maaf kat parent… tapi sekarang aku p menziarah pusara diowang selepas solat hari raya…mengenang kembali hari raya bersama diorang…al- fatihah tuk mereka yang telah pulang mengadap ilahi…

Pernah tak korang rasai Malam Lailatul Qadar??
>hehe… panas plak soklan nih…. nak rasa lailatul qadar camner… duk main mercun jer… insyaallah dapat merasainya satu hari nanti… amin
Bape Banyak Duit Raya pernah korang dapat??
> huhu…dah jawap lah kat atas tadi….RM100 + RM300 masa bejalan ngan sepupu2 pada pagi raya…. tuh ar paling banyak yang aku pernah rasa…paling sket rm 10… masa umur aku 23 tahun… ahaks.. makcik depan umah aku bagik sebab aku lum kawen… harap harap taun nih leh dapat lagik la… ahaks

Kuih ape paling korang Suke Makan Masa Hari Raya??
> Kuih tat…..kuih nih kuih feberet aku

Letak gambar kenangan korang Masa Raya yang tak dapat dilupakan
> nak gambar ek???xda gambar la…huhu

Sebarkan tag ni kepada 2 orang rakan anda.
> maizul ngan norizamshah

Topik-topik yang berkaitan:

Maafkan Daku....
Rejab telah melabuhkan sayapnya. Menyusul nanti Syaban, juga akan melabuhkan tir...
Keli oh Keli
Assalamualaikum wbh Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ...
Bahagiakah perkahwinan hanya kerana cinta
Barangkali kisah ini boleh menjadi renungan bagi kita, terutamanya yang ingin b...
Pesta Baju Tidur Untuk Nuffnanger
Bersempena dengan hari ulang tahun Nuffnang Sdn Bhd, mereka telah mengadakan...