Assalamualaikum…. menjelang tahun 2008 ni, aku nak ambil kesempatan lah ntuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru dan selamat berazam baru….ehehe. Sbut pasal azam nih…yang taun taun lepas tuh dah setle ke azam nye yer….pe kata aku mulakan sesi tag-mentag tahun baru nih .Hope ada la yang menjawap yer….

Memandangkan soalan lazim yang ditanya bila menjelang tahun baru nih selalunya berkaitan dengan azam,so aku nak gak tanya Azam apa ye tahun nih bagi nkorang?

>> Untuk aku azam tahun baru nih aku nak mula menyimpan… ehehe.. tahun tahun lepas aku dah banyak membazir… Ntah hapa hapa la yang aku beli ntah.. masa praktikel lagi le…dapat elaun tapi x tau pi mana uit…. So menjelangnya tahun baru nih, aku nak cube kawal pebelanjaan aku.. dari membeli ntah hapa-hapa tahun lepas, aku nak beli benda-benda yang perlu je…

Apa pulak kenangan pahit yang paling korang x boleh lupe tahun 2007?

>>Kenangan yang aku x leh lupa tahun 2007 nih ialah aku tegolek dari tengah jalan raya terus ke tepi jalan raya.. Perh…nasib tak arwah… punca kejadian adalah disebabkan tayar motor yang aku tunggang tuh pancit secara tiba-tiba…. 😀 ( agak-agak korang lah… dah berapa kali aku tegolek dari pada moto… ) ehehe sebab tahun 2006 lagik dasyat… boleh lak aku tetido masa ngah tunggang moto… baru jer beli 2 minggu motor tuh.. x pepasal bengkok rim dia. cet

Apa pengajaran yang korang dapat dari apa yang nkorang lalui pada tahun 2007?

>> Pengajaran yang aku dapat dari pengalaman yang hamper meragut nyawa tuh… ialah pastikan tayar anda berada pada tahap yang baik kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda… 😀 😀 😀 ehehehe. Kang jadik lak macam iklan kat TV tuh… beria doktor selamatkan pesakit tuh… rupanya kurang angin….

Apa pencapian paling bermakna buat korang sepanjang tahun 2007?

>>Pencapaian academic aku tahun 2007 nih agak membanggakan jugak lah… Alhamdulillah…hope tahun 2008 nih aku dapat mengekalkan status tuh dan jugak pointernye skaligus dapat memegang diploma ( gagal tuk pegang diploma nih pada 2004) 😀 😀 😀

Kalo ada pose menarik sila buh kat sini….

>> Heppy New Year 2008

Muahahahah nih ar poss maut aku tahun 2007

Sebarkan tag ini kepada 8 orang sahabat bertuah pilihan anda.
>> Rokudaime_jr, Remyza, Norizam, Muznaz, Faris, Azleah,khai, iqmal yg lain2 aku x tau nak tag sapa dah….Hehhehe…..

Topik-topik yang berkaitan:

Tipah tertipu lagi bang….
"Tipah tertipu, tipah tertipu bang...." begitulah dialog yang diucapka...
YeAh dah nak Raya
Selamat hari raya kpd yang sudi melawat blog nih, berhati2 semasa pulang ber...
Duit Online pertama...
Salam, Setelah sekian lama menanti dan mengkaji, akhirnya dapat jua membuktikan ...
Kenapa Hanis Zalikha lebih popular dari blog aku
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Menjadi antara yang popular mungkin menj...