Powered by Max Banner Ads 

I’m going for 30. What should I do? August 30th, 2010




 Powered by Max Banner Ads 


“Memori indah dulu kian menyepi, kehidupan lalu kian menghilang, yang mendatang belum pasti hala tujunya. Namun apa yang pasti waktu sekarang diri ini masih lagi diam membisu tanpa sebarang perubahan yang membanggakan. Noktah!”

Tahun 2010 memberi penuh makna buat diri ini kerana dipertemukan jodoh dengan insan tercinta. Syukur kehadrat Illahi kerana mempermudahkan segala urusan menuju ke alam rumahtangga. Semoga diri ini tetap teguh membina jati diri disamping keluarga tercinta kelak. AMIN

Antara sedar dan tidak sedar, diri ini semakin meningkat usianya. Segala perjuangan yang telah di lalui masih belum ada penyudahnya.Aku tetap aku… masih seperti dulu..NOKTAH!!

Busan la pulak menulis guna ayat dewan bahasa dan pustaka nih… habis stuck ayat dalam kepala yang kuar membuak buak nih..( macam besh jer arr ayat nko tuh…. ) Lama jugak la aku x menulis dalam blog nih… Leka bekerja la katakan… ( ada chance jadi Project Manager la kot…. ahaks) Hari hari buat report, buat laporan, buat report, buat laporan… perh.. dah macam duk kat University la pulak.. Apa taknyer, hari2 bos duk suruh hantar assignment…

Kalo kat poly dulu adalah jugak masa nak melepak. Jumpa kengkawan lama, berbual-bual kat mapley MMZ bukit beruntung tuh sambil tengok bola.. Paling tidak pon ujung-ujung minggu mesti aku ngan kengkawan gi meronda2 kat uptown Shah Alam cari baju bundle yang latest. Habis gak la uit simpan 2-3 ratus. Besh nyer zaman belajar dulu kan…

Back to the topic kali nih, memandangkan lagi 3 tahun umur aku nih dah nak mencecah 30,  apa kata kau berkongsi sket ngan nkorang sumer persediaan persediaan yang bakal aku lalui menjelang umur 30 nanti.Biasalah orang dah excited nak jadi tua.. menggeribak lah xtentu arah… wakakaka.

Apa yer persediaan – persediaan yang patut aku stanby sebelum umur aku cecah angka 30 nih… huhu,, cuax pon ada, excited pon ada… cehh

1.) Perancangan Kewangan yang mantap

Topik yang pertama nih memang jadi favorite aku mahupun manusia sejagat sekeliannya.. Ramai orang kecundang bila bincang bab kewangan. Tak kurang juga mereka yang di himpit bebanan hutang yang x terbayar. Semuanya berpunca daripada sikap boros masing-masing. Slogan bijak berbelanja yang diwar-warkan oleh kerajaan tak pernah bersahut.Umpama mencurahkan air ke daun keladi..( cewah… berdewan bahasa dan pustaka la pulak ) . Apakan tidak, mata kita bagaikan terpukau dengan aliran teknologi terkini sehinggakan keterbatasan perbelanjaan tak dihiraukan lagi.Gadget-gadget comel dan canggih memenuhi ruang pameran sambil pemujuk-pemujuk cilik galak membuat promosi.. Maka bermula lah episod berhutang – berhutang – berhutang dan berhutang…

Macam tak da makna jer semua seruan kerajaan. Inflasi sifar lah sangat..!! Bukan mudah untuk seseorang yang gemar mengejar trend untuk mengelakkan diri mereka dari dibelenggu hutang. (macam aku lah nih… pantang awek genit tuh ayat suh beli… memang kelabu mata la jap…. hee).. Arus kemodenan pada masa kini memang tak dapat untuk di kejar. Tambahan dengan status kewangan aku sekarang nih… perhhh.. abeh bulan abeh la gaji… tang mana nak di simpan pon xdapat la aku nak jelas kan kat sinih..

Berbalik kepada tajuk kecik kat atas nih.. aku berazam untuk memantapkan lagi status kewangan aku demi menjamin masa depan yang gemilang nih…(perh.. ayat nak macam bangsawan) Bagi merialisasikan impian aku nih.. aku telah secara x sengaja menjinak-jinakkan diri dengan insurance nyawa.. Haaaa.. nih bukan sebarang insurance nyawa beb.. nih merangkap simpanan tetap sampai lah aku mati nanti.. dan boleh diwariskan kepada keturunan aku nanti..

Skim insurance yang aku madsudkan nih adalah Prudential BSN Takaful. Seperti sedia maklum ( kalo x maklum tu, sila rajin-rajinkan diri anda untuk gunakan pakcik Google yer.. ) Prudential Insurance merupakan syarikat insurance yang menawarkan skim simpanan hari tua sambil melabur untuk nyawa sendiri.. Apa yang menariknya tentang Prudential BSN takaful nih? Haaa.. Nih yang nak mai habaq sat kat angpa semua.. Prudential BSN Takaful nih menawarkan insurance kemalangan diri sehingga RM500k.. (banyak weh… tp tuk mereka – mereka yang cacat kekal la… aku xmo cacat weh..) Seperti syarikat-syarikat insurance yang laennya.. Encik Prudent nih (maleh nak taip pepanjang… ponek) juga menawarkan kepada ahli-ahli mereka macam-macam insurance cover.. xlarat aku nak listkan kat sini, so.. google lah yer..

Read more..


Blog Widget by LinkWithin

       

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Posted in Bla2 | No Comments »


 Powered by Max Banner Ads 

Top Referer

Today tweets