Assalamualaikum, pagi ahad harini aku menghantar order kuih batang buruk kat kedai runcit, di TTDI Shah Alam, nak raya nih, kena ar cari duit poket sket.. Kalau malas2 xdapat ar nak beraya nanti sebab aku bukan dari keluarga yang senang pon… Masa tunggu tuan kedai runcit tuh tuk berurusan dengan dia, aku amik la peluang tuh tuk baca surat khabar keluaran ahad..
Hampir semua akhbar bercerita tentang politik Malaysia.. Busaaaaaaaann.. balik2 Anwar, Pak Lah, Najib ngan Mahathir.. xpon Umno ngan orang melayu yang dah semakin Layu… Macam dah xda berita baek jer nak dikongsi dengan rakyat.. Busan lah!!
Apa yang menyebabkan aku tertarik nak tulis entry hari nih? (Nak komen pasal Anwar n paklah kot.. hee) Xda kena mengena ngan politik pon.. tapi pasal isu pekerjaan dan pengangguran.. Apa yer? pasal pelajar IPT memilih kerja ker? TAK.. Pasal warga asing banyak sangat ker sampai rakyat Malaysia xda peluang bekerja?? TAK Juga.. dah tu apa yer?? Sebenarnya pasal warga asing jadi bos sebaliknya orang Malaysia Jadi kuli kepada warga asing tu… (kes Naya nih). Mana pergi nya rakyat Malaysia atau senang cerita la.. orang Melayu?? Sibuk perjuangkan parti UMNO nyer Kah?? sampai terlepas pandang masalah problem yang camni?? Ataupun mereka menganggap ni hanya masalah kecik je?? (Alah, biau la kan dia nak jadik bos, asal aku dapat gaji udah ler yer x??)
Kalau baca laporan akhbar kosmo tuh, memang ler rasa cam biasa jer, Laporan nyer berbunyi cam nih ;
“Saya ketua sini. Sekarang tidak ada jawatan kosong di kaunter tapi jika mau jadi pencuci tandas, boleh isi borang ini.”
Itu jawapan seorang warga Bangladesh yang bertugas di sebuah stesen minyak di sini ketika wartawan Kosmo! Ahad menyamar mencari kerja sebagai juruwang.
Warga Bangladesh yang memakai tanda nama Nadeem itu rupa-rupanya ketua kepada semua pekerja di stesen minyak tersebut dan dia diamanahkan memilih pekerja baru termasuk rakyat tempatan jika ada kekosongan.
Ia diakui seorang warga Bangladesh yang dikenali sebagai Fahmed yang bekerja setempat dengan Nadeem dan memberitahu, dia bersama empat rakan senegaranya serta dua rakyat tempatan bekerja di situ.
“Nadeem bos kami dan dia jaga dan menetapkan tugasan kami kerana dia sudah kerja lama dan menjadi orang kepercayaan bos besar,” kata Fahmed.
Nak baca lebih klik sinih..
Apa yang kelakarnya, diorang dah le pendatang, orang kita datang mintak kerja, dia bagi kerja cuci tandas.. patut ker?? ( memang patut pon sebab orang kita nih pemalas, tapi nak kerja senang & gaji nak besar ) Nak tau apalak alasan orang kita bila berlaku situasi camnih?? Cuba nengok kat bawah
Rata2 orang yang jawab tuh persoalkan gaji — ada kaitan dengan wang ler — RELEVAN KE?? Apa kata anda pulak?
P/s bersempena bulan yang mulia nih, sambil meng’update entry’ blog sambil mencari duit.. hehe.. kepada sesapa yang berminat nak merasa kuih batang buruk keluaran keluarga aku, leh ar hubungi aku melalui email hisham[at]pride4us.com, Harganya cuma RM 10 sepeket.. dan kalau korang beli 5 peket sekali gus, aku jual RM 47 free on delevery tuk area lembah kelang.. Kalo lelebih tuh, kena bayor kos penghantaran..
ni preview kuih batang buruk tuh

No need to look friend as beautiful as Balqis if you no as great asSulaiman, why expect friend as handsome as Yusuf if affection no sincerely Zulaikha, no need to look firm friend Ibrahim if you no of equal strength Hajar and why wished friend completeness Muhammad if have evil to him, accepted the shortage as a uniqueness, search for good to him,and grateful because bring together and pray him of yours…

















