6 cara basic jana pendapatan secara online

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama sudah x menulis didalam blog nih, jemu pulak rasanya bila masuk page blog nih Nampak content yang sama. Hari nih aku merasakan hari yang sesuai untuk aku menulis entry terbaru bagi memenuhkan ruang celoteh di blog.

Mari aku ajak nkorang buat sikit kajian rambang mengenai dunia Bloging. Rata-rata pemilik blog di Malaysia adalah newbie. Atau dalam erti kata lain, masih hijau dalam dunia blogging. Kebanyakan dari nkorang membuat blog hanya untuk menjana pendapatan online.. Ketaksuban mengejar pendapatan online membuatkan nkorang – nkorang semua mengila membuat kajian tentang cara-cara meraih wang yang banyak dengan hanya menabur sedikit usaha.Persoalannya, sejauh mana kita boleh buat duit dengan hanya duduk di depan netbook dengan hanya usaha dan modal yang sangat minimum, sudah boleh mendapat keuntungan jutaan ringgit sebulan. Continue reading


Posted in blogging tips, Tips dan Petua | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

Ada apa dengan Langkawi – Edisi Mencari Beronok

Assalamualaikum.. dan salam sejahtera,

Aktiviti hujung minggu biasanya aku akan merehatkan diri ku yang malas ini dengan duduk dirumah sambil melayari internet mencari idea – idea segar untuk menulis entry terbaru di blog. Kadang – kadang sampai lenguh2 badan mengadap komputer. Adakalanya aku hanya menonton movie2 lama dari koleksi simpanan ataupun menonton rancangan di astro bagi memenuhi masa terluang.

Tapi lain halnya pada hujung minggu kali ini, aku telah menggunakan masa lapang selepas kerja untuk merombak semula susun atur blog ini supaya ianya kelihatan tenang dan mudah di baca. Sambil menyusun, aku membaca semula entry2 lama yang pernah aku tulis dulu seawal pembabitan dalam dunia blogging ini. Lucu juga penggunaan bahasa dalam siri penulisan aku dahulu.. Macam budak yang baru belajar mengarang.. Kesalahan ejaan dan penggunaan bahasa rojak memenuhi segenap entry di blog ini. Tradisi tu aku teruskan sehingga kini, blog telah pun mencecah usia 4 tahun. Tidak banyak yang aku kongsikan disini kerana aku terlalu obses untuk menjana pendapatan secara online sehingga kehadiran blog ini dimasa lalu umpama sampah yang tidak di sapu.

Kesempatan yang ada pada hujung minggu ini juga aku gunakan untuk bersama isteri tercinta, bergurau senda sambil mengenali hati budi masing2. Isteriku menyuarakan pendapat untuk pergi ke pantai untuk mencari beronok, sejenis hidupan laut yang dijadikan makanan exortic di Langkawi. Continue reading


Posted in Santai | Tagged , , , , , , , , , | Leave a comment

Public Fine Gold dan Barang Kemas merupakan satu pelaburan

Assalamualaikum,

Lagi sebulan aku akan melangkah ke alam baru selepas 27tahun bergelar teruna ( ahaks ). Alam yang orang kata penuh dugaan dan cabaran.  Kalau dulu, aku berbelanja hanya sekadar RM400 – RM600 sebulan, bulan depan perbelanjaan tuh mungkin berganda, atau pun aku terpaksa berdiet cket sebab nak kena syer berdua dengan isteri yang tercinta.. Banyak lagi perkara yang berkaitan dengan duit perlu aku fikirkan dan kongsi bersama dengan isteri aku nanti bagi mengharungi badai perkahwinan. Maka secara tak langsung aku menjawat jawatan menteri kewangan pertama dalam kerajaan yg bakal aku perintah nanti… cewah..

Bukan mudah untuk mentadbir sebuah kerajaan kecil ni.. yang mana memerlukan perancangan, pengorbanan dan kesabaran yang kuat untuk melahirkan waris2 yang mampu menjadi insan yang berguna. Selain pendidikan agama, perkara paling penting perlu dititikberatkan adalah penyaluran kewangan kearah pelaburan yang betul dan berkesan.

Mengapa kita perlu menyalurkan kewangan kita kearah pelaburan yang betul dan berkesan? Bagi diri aku la kan, tahun pertama kahwen nanti mesti merupakan satu pengalaman yang sukar..ye lahkan, 27tahun hidup sendirian, tetiba jer nak berkongsi ngan orang len.. mestia agak2 terkujat jugakla.. Yang mana nak bayar bil tipon ( of coarse la dah jimat sebab xpayah nak bergayut lagi ) ,mana nak bayar installment keta, mana nak bayar installment rumah, mana nak bayar card creadit ( kes nak belagak kaya la nih ) mana nak ngulor mentua lagi.. sesedara yang kaki ngepaw… perh… duit duit duit…. kopak beb.. Kalau x betul2 manage duit gaji yang ciput dan cedut nih.. mmg lagi 3 tahun boleh jatuh kedana…hohohoho .Baru hidup berdua jer aku dah mula pening pening lalat nak memikio macam ner nak manage bagi stabil sambil melangsaikan hutang2.. termasuk ler hutang2 kengkawan yang xberinterest tuh…

Hahaha..aku bercerita macam ler aku dah dengar perkataan keramat pak kadi tuh yang kata sah aku jadi suami orang… hahahaha.. Kalo di ikut2kan ati nih, rasa gerun pon ada bila memikio tanggungjawab… tp apakan daya.. naluri gatal ku ini telah mengatasi segala-galanya… wakakaka.

Berbalik kepada tajuk perbincangan kali nih, Adakah public fine gold dan barang kemas merupakan satu pelaburan? Continue reading


Posted in Wealth Tips | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Mengapakah aku mula berblogging?

Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pemula bicara. Seperti biasa, hari ni aku menyesatkan diri membaca blog-blog orang untuk menerbitkan idea yang dah semakin tepu nih. Dalam kesesatan aku melayari internet hari ni, maka alkisahnya terjumpa lah aku dengan sebuah blog yang dikenali sebagai FCUCOMMUNITY. Blog nih dulunya popular kerana berjaya menarik pelawat mereka untuk menjadi publisher secara link exchange. Blog nih dah semakin maju dan canggih dengan menciptakan widget yang gila panas sehinggakan aku sendiri teruja untuk memilikinya. Kalo nkorang sumer berminat nak usha blog nih, nkorang boleh la melawat link mereka di www.fcucommunity.net

Bukan itu yang cuba aku sampaikan dalam karya agung aku kali ini, tapi apa yang cuba aku kongsikan dengan nkorang ialah beberapa tips menarik yang sempat aku belek dan kaji semasa menyesatkan diri kat dalam blog FCUCOMMUNITY tuh tadi. Apa yang menarik sangat sampai aku sanggup nak berkongsi dengan nkorang sumer?

Continue reading


Posted in Karut Marut | Tagged , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Keghairahan mengejar pendapatan sambilan yang melampau

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera kepada kalian semua,

Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyabut hari raya aidilfitri dan masih belum terlambat kiranya aku memohon maaf di atas ketelanjuran kata semasa menulis blog ini. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pembaca-pembaca blog yang sudi membaca dan memberi komen. Tidak banyak yang dapat aku himpunkan di dalam blog yang xseberapanya ini untuk perkongsian bersama pembaca. Hanya sekadar berkongsi sedikit research tentang perniagaan dan pendapatan secara online. Itupun xbanyak yang boleh aku banggakan sepanjang 3tahun aku melabur dalam dunia internet ni. Walaupun begitu, aku tetap mendapat imbuhan dari usaha yang aku lakukan dan mmg aku akui ianya xlah seberapa sangat kalau nak di bandingkan dengan blogger2 lain yang sama2 menceburkan diri 3tahun yang lalu.

Setelah kian lama aku menyepikan diri dalam misi pencarian duit online nih, aku gagahkan diri sekali lagi untuk membuat sedikit research mengenai duit online hari ini. Mmg seperti yang ku duga, semakin ramai dan semakin banyak mereka di luar sana membuat promosi berkenaan perniagaan online dan duit online percuma. Sesekali tersesat dalam dunia nyata mmg xmerugikan. Mengapa aku mengatakan ianya tak rugi sedangkan aku telah pon membazirkan masa cuti ku ini untuk mentelaah dan mengkaji tentang kebenaran pendapatan online ini yang mana dari awal pembabitan aku sehingga sekarang, cara yang paling berkesan untuk menjana pendapatan online nih adalah promosi yang berterusan. Persoalannya bagaimana nak promosi dan apakah medium medium yang sesuai untuk melaksanakan kerja-kerja promosi ini? Continue reading


Posted in Wealth Tips | Tagged , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

I’m going for 30. What should I do?

“Memori indah dulu kian menyepi, kehidupan lalu kian menghilang, yang mendatang belum pasti hala tujunya. Namun apa yang pasti waktu sekarang diri ini masih lagi diam membisu tanpa sebarang perubahan yang membanggakan. Noktah!”

Tahun 2010 memberi penuh makna buat diri ini kerana dipertemukan jodoh dengan insan tercinta. Syukur kehadrat Illahi kerana mempermudahkan segala urusan menuju ke alam rumahtangga. Semoga diri ini tetap teguh membina jati diri disamping keluarga tercinta kelak. AMIN

Antara sedar dan tidak sedar, diri ini semakin meningkat usianya. Segala perjuangan yang telah di lalui masih belum ada penyudahnya.Aku tetap aku… masih seperti dulu..NOKTAH!!

Busan la pulak menulis guna ayat dewan bahasa dan pustaka nih… habis stuck ayat dalam kepala yang kuar membuak buak nih..( macam besh jer arr ayat nko tuh…. ) Lama jugak la aku x menulis dalam blog nih… Leka bekerja la katakan… ( ada chance jadi Project Manager la kot…. ahaks) Hari hari buat report, buat laporan, buat report, buat laporan… perh.. dah macam duk kat University la pulak.. Apa taknyer, hari2 bos duk suruh hantar assignment…

Kalo kat poly dulu adalah jugak masa nak melepak. Jumpa kengkawan lama, berbual-bual kat mapley MMZ bukit beruntung tuh sambil tengok bola.. Paling tidak pon ujung-ujung minggu mesti aku ngan kengkawan gi meronda2 kat uptown Shah Alam cari baju bundle yang latest. Habis gak la uit simpan 2-3 ratus. Besh nyer zaman belajar dulu kan…

Back to the topic kali nih, memandangkan lagi 3 tahun umur aku nih dah nak mencecah 30,  apa kata kau berkongsi sket ngan nkorang sumer persediaan persediaan yang bakal aku lalui menjelang umur 30 nanti.Biasalah orang dah excited nak jadi tua.. menggeribak lah xtentu arah… wakakaka.

Apa yer persediaan – persediaan yang patut aku stanby sebelum umur aku cecah angka 30 nih… huhu,, cuax pon ada, excited pon ada… cehh

1.) Perancangan Kewangan yang mantap

Topik yang pertama nih memang jadi favorite aku mahupun manusia sejagat sekeliannya.. Ramai orang kecundang bila bincang bab kewangan. Tak kurang juga mereka yang di himpit bebanan hutang yang x terbayar. Semuanya berpunca daripada sikap boros masing-masing. Slogan bijak berbelanja yang diwar-warkan oleh kerajaan tak pernah bersahut.Umpama mencurahkan air ke daun keladi..( cewah… berdewan bahasa dan pustaka la pulak ) . Apakan tidak, mata kita bagaikan terpukau dengan aliran teknologi terkini sehinggakan keterbatasan perbelanjaan tak dihiraukan lagi.Gadget-gadget comel dan canggih memenuhi ruang pameran sambil pemujuk-pemujuk cilik galak membuat promosi.. Maka bermula lah episod berhutang – berhutang – berhutang dan berhutang…

Macam tak da makna jer semua seruan kerajaan. Inflasi sifar lah sangat..!! Bukan mudah untuk seseorang yang gemar mengejar trend untuk mengelakkan diri mereka dari dibelenggu hutang. (macam aku lah nih… pantang awek genit tuh ayat suh beli… memang kelabu mata la jap…. hee).. Arus kemodenan pada masa kini memang tak dapat untuk di kejar. Tambahan dengan status kewangan aku sekarang nih… perhhh.. abeh bulan abeh la gaji… tang mana nak di simpan pon xdapat la aku nak jelas kan kat sinih..

Berbalik kepada tajuk kecik kat atas nih.. aku berazam untuk memantapkan lagi status kewangan aku demi menjamin masa depan yang gemilang nih…(perh.. ayat nak macam bangsawan) Bagi merialisasikan impian aku nih.. aku telah secara x sengaja menjinak-jinakkan diri dengan insurance nyawa.. Haaaa.. nih bukan sebarang insurance nyawa beb.. nih merangkap simpanan tetap sampai lah aku mati nanti.. dan boleh diwariskan kepada keturunan aku nanti..

Skim insurance yang aku madsudkan nih adalah Prudential BSN Takaful. Seperti sedia maklum ( kalo x maklum tu, sila rajin-rajinkan diri anda untuk gunakan pakcik Google yer.. ) Prudential Insurance merupakan syarikat insurance yang menawarkan skim simpanan hari tua sambil melabur untuk nyawa sendiri.. Apa yang menariknya tentang Prudential BSN takaful nih? Haaa.. Nih yang nak mai habaq sat kat angpa semua.. Prudential BSN Takaful nih menawarkan insurance kemalangan diri sehingga RM500k.. (banyak weh… tp tuk mereka – mereka yang cacat kekal la… aku xmo cacat weh..) Seperti syarikat-syarikat insurance yang laennya.. Encik Prudent nih (maleh nak taip pepanjang… ponek) juga menawarkan kepada ahli-ahli mereka macam-macam insurance cover.. xlarat aku nak listkan kat sini, so.. google lah yer..

Continue reading


Posted in Karut Marut | Tagged , , , , , , , , , , , , | 2 Comments

Sijil tadika akukah ini?oh!



Sijil tadika akukah ini?oh!, originally uploaded by KetukAngel.

Salam,
Semalam masa duk sibuk melayan bola,sempat gak ar aku belek2 simpanan sijil2 lama masa sekolah dulu,dari tadika sampai lah masuk poli..belek punya belek,tjumpa ar sijil skola tadika..comel gak aku masa kecik..hee.. Untung gak mak ayah aku smpan,leh gak aku tjuk kat cucu aku nanti..ahaks.. Korang ada x sijil tadika?meh ar share2 ngan aku..ahaks. Kita tgok sijil tadika sapa paling cantek.. hahaha


Posted in Photo Blogs | Leave a comment

Portugal bakal juara piala dunia 2010?

Salam seantero,
Makan bola,tido bola,minum coca cola..Game antara portugal menentang korea selatan td buatkan aku terpikir yg brazil gagal menunjukan samba mereka..brazil hanya menang tipis,2-1 sedangkan portugal boleh sumbat 7-0..Brazil xmau malukan korea ataupun mereka da hilang tarian samba?Apa pun,skuad porto telah berjaya malukan negara komunis tuh..congrates tuk porto supporter.. hohoho.. Tinggal spain je yg masih lom temui sentuhan..caiyok caiyok..


Posted in Photo Blogs | Leave a comment

Kenapa apakah?Wanita pengikis?



Kenapa apakah?Wanita pengikis?, originally uploaded by KetukAngel.

Salam seantero,
Hari ni aku nak kongsi sket dengan korang semua,tentang ciri2 wanita idaman. Sebelum entry ni panjang berjela,lebih baik aku tnya dulu samaada korang semua ni penah becinta x?ataupun tengah dilamun cnta?xpun korang tengah murung sebab cinta korang baru lepas di ‘reject’?
Tak kira lah korang dalam situasi yg camne sebab entry ni ditulis tuk korang2 semua baca…
Berbalik kepada tajuk entry kali ni,Betul ke tanggapan sesetengah orang mengatakan yg wanita hari ni bersifat pengikis?
Bagi diri aku la,xsemua pompuan ni suka kikis,diowg sbnarnya suka dmanja n dibelai.. Kalo ada pun yg suka kikis tu,mmg patut pun dia kikis sbb lepas aktiviti kikis mengkikis ni,diorang kena plak uat aktiviti kiss kiss.. So no wonder la semua lelaki hidung belang sanggup berhabis duit gaji demi kepuasan nafsu..
Kadang2 kita juga ada dengar lelaki juga boleh jd pisau cukur seperti pompuan..N rasanya ramai lelaki kat luar sana yg suka ngepaw awek diorg selaen ngepam awek diowg..ahaks..


Posted in Photo Blogs | Leave a comment

Pekan rabu



Pekan rabu, originally uploaded by KetukAngel.

This view is taken from pekan rabu langkawi


Posted in Photo Blogs | Leave a comment