Powered by Max Banner Ads 

Aku Cinta Kamu August 2nd, 2008


 Powered by Max Banner Ads 
” Elok-elok la sikit,” kata Julia
lembut sambil membetulkan pakaian
Ahmad. Ahmad tersenyum memandang
isterinya.

“Cantik isteri abang hari ni,” Ahmad
mencubit pipi Julia lembut. “Ayah,
ayah, cepat la yah,” Liz dan Lin meluru
masuk ke bilik kerana dah tak sabar-
sabar nak bertolak pulang ke kampung.

“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Julia
hanya tersenyum melihat suaminya itu
melayan karenah anak-anak mereka yang
comel dan manja.

“Abang, dah lama kita tak balik kampung
macam ni, ye?”
“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk
dengan urusan perniagaan.
Baru kali ni abang ada peluang untuk
cuti panjang.” Ahmad berkata kepada
isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan
mengambil masa lebih kurang empat jam.
Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi
belakang , Begitu juga dengan
isterinya,Julia.

“Tak sabar rasanya nak tiba kat
kampung,” Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan
minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Ahmad
semakin seronok.

Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai
ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya
lagi dan Honda Civicnya mula
memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan.
Habis semua kenderaan
dipotongnya.Bangga betul Ahmad masa tu.
Terlupa dia sekejap pada anak dan
isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?”
tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

“Tak ada apa la sayang, rileks… cepat
sikit kita sampai kampung nanti.”

“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak
apa… . jangan laju sangat bang, Julia
takut.” Julia cuba memujuk Ahmad supaya
memperlahankan kenderaannya.

“Rileks Julia, tak ada apa-apa,” Ahmad
terus memotong bas ekspres di depannya
tanpa was-was.

“Haaa.. kan , tengok. Tak ada apa-apa
kan ?” kata Ahmad setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.

“Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu
lagi bas ekspres. Julia
tengok abang motong dia aaa… .” Ahmad
terus masuk gear 3, pedal minyak
ditekannya hingga jejak ke lantai.

Ahmad terus membelok ke kanan untuk
memotong dan… .di depannya tersergam
sebuah lori balak yang besar dan gagah
dan… .. BANG!!.

“Julia… .bangun nak,” sayup-sayup
terdengar suara emaknya.

Read more..


Blog Widget by LinkWithin

       

Tags:
Posted in Malay | No Comments »


 Powered by Max Banner Ads 

Top Referer

Today tweets