banner No need to look friend as beautiful as Balqis if you no as great asSulaiman, why expect friend as handsome as Yusuf if affection no sincerely Zulaikha, no need to look firm friend Ibrahim if you no of equal strength Hajar and why wished friend completeness Muhammad if have evil to him, accepted the shortage as a uniqueness, search for good to him,and grateful because bring together and pray him of yours…

Updates: Currently I'm testing on wordpress 2.5. I hope to release this theme real soon. So stay tune and dont forget to subscribe my blog. You can add more text here. Overflown text will be hidden, so make sure to end your text just right here. More...


 Powered by Max Banner Ads 
Oct
8th

Tiga Kali Jer Curang, bang..

Author: ketuk_angel | Files under Malay

 Powered by Max Banner Ads 

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

“Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?”

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, “Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni”

“3 kali?” Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?”

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, “Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank”

“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, “Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan..”

“Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak”, kata si suami, ” Kali ke 2 pulak?”

“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?” si isteri menyambung cerita “Ya, abang ingat” jawab si suami. “Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun..”

“Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? “, kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, “Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi….”

Tan Sri pengsan kat situ jugak…

Subcribe Me
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • SphereIt
  • StumbleUpon
  • Taggly
  • YahooMyWeb
  • E-mail this story to a friend!
  • Print this article!
  • Propeller
  • Reddit

 Powered by Max Banner Ads 
Related Topic:

> Aku Cinta Kamu
> Alkisah………..
> Asal usul Suratul-Qursy
> MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH
> Tipah tertipu lagi bang….


Leave a Reply

Powered by WP Hashcash