“Memori indah dulu kian menyepi, kehidupan lalu kian menghilang, yang mendatang belum pasti hala tujunya. Namun apa yang pasti waktu sekarang diri ini masih lagi diam membisu tanpa sebarang perubahan yang membanggakan. Noktah!”

Tahun 2010 memberi penuh makna buat diri ini kerana dipertemukan jodoh dengan insan tercinta. Syukur kehadrat Illahi kerana mempermudahkan segala urusan menuju ke alam rumahtangga. Semoga diri ini tetap teguh membina jati diri disamping keluarga tercinta kelak. AMIN

Antara sedar dan tidak sedar, diri ini semakin meningkat usianya. Segala perjuangan yang telah di lalui masih belum ada penyudahnya.Aku tetap aku… masih seperti dulu..NOKTAH!!

Busan la pulak menulis guna ayat dewan bahasa dan pustaka nih… habis stuck ayat dalam kepala yang kuar membuak buak nih..( macam besh jer arr ayat nko tuh…. ) Lama jugak la aku x menulis dalam blog nih… Leka bekerja la katakan… ( ada chance jadi Project Manager la kot…. ahaks) Hari hari buat report, buat laporan, buat report, buat laporan… perh.. dah macam duk kat University la pulak.. Apa taknyer, hari2 bos duk suruh hantar assignment…

Kalo kat poly dulu adalah jugak masa nak melepak. Jumpa kengkawan lama, berbual-bual kat mapley MMZ bukit beruntung tuh sambil tengok bola.. Paling tidak pon ujung-ujung minggu mesti aku ngan kengkawan gi meronda2 kat uptown Shah Alam cari baju bundle yang latest. Habis gak la uit simpan 2-3 ratus. Besh nyer zaman belajar dulu kan…

Back to the topic kali nih, memandangkan lagi 3 tahun umur aku nih dah nak mencecah 30,  apa kata kau berkongsi sket ngan nkorang sumer persediaan persediaan yang bakal aku lalui menjelang umur 30 nanti.Biasalah orang dah excited nak jadi tua.. menggeribak lah xtentu arah… wakakaka.

Apa yer persediaan – persediaan yang patut aku stanby sebelum umur aku cecah angka 30 nih… huhu,, cuax pon ada, excited pon ada… cehh

1.) Perancangan Kewangan yang mantap

Topik yang pertama nih memang jadi favorite aku mahupun manusia sejagat sekeliannya.. Ramai orang kecundang bila bincang bab kewangan. Tak kurang juga mereka yang di himpit bebanan hutang yang x terbayar. Semuanya berpunca daripada sikap boros masing-masing. Slogan bijak berbelanja yang diwar-warkan oleh kerajaan tak pernah bersahut.Umpama mencurahkan air ke daun keladi..( cewah… berdewan bahasa dan pustaka la pulak ) . Apakan tidak, mata kita bagaikan terpukau dengan aliran teknologi terkini sehinggakan keterbatasan perbelanjaan tak dihiraukan lagi.Gadget-gadget comel dan canggih memenuhi ruang pameran sambil pemujuk-pemujuk cilik galak membuat promosi.. Maka bermula lah episod berhutang – berhutang – berhutang dan berhutang…

Macam tak da makna jer semua seruan kerajaan. Inflasi sifar lah sangat..!! Bukan mudah untuk seseorang yang gemar mengejar trend untuk mengelakkan diri mereka dari dibelenggu hutang. (macam aku lah nih… pantang awek genit tuh ayat suh beli… memang kelabu mata la jap…. hee).. Arus kemodenan pada masa kini memang tak dapat untuk di kejar. Tambahan dengan status kewangan aku sekarang nih… perhhh.. abeh bulan abeh la gaji… tang mana nak di simpan pon xdapat la aku nak jelas kan kat sinih..

Berbalik kepada tajuk kecik kat atas nih.. aku berazam untuk memantapkan lagi status kewangan aku demi menjamin masa depan yang gemilang nih…(perh.. ayat nak macam bangsawan) Bagi merialisasikan impian aku nih.. aku telah secara x sengaja menjinak-jinakkan diri dengan insurance nyawa.. Haaaa.. nih bukan sebarang insurance nyawa beb.. nih merangkap simpanan tetap sampai lah aku mati nanti.. dan boleh diwariskan kepada keturunan aku nanti..

Skim insurance yang aku madsudkan nih adalah Prudential BSN Takaful. Seperti sedia maklum ( kalo x maklum tu, sila rajin-rajinkan diri anda untuk gunakan pakcik Google yer.. ) Prudential Insurance merupakan syarikat insurance yang menawarkan skim simpanan hari tua sambil melabur untuk nyawa sendiri.. Apa yang menariknya tentang Prudential BSN takaful nih? Haaa.. Nih yang nak mai habaq sat kat angpa semua.. Prudential BSN Takaful nih menawarkan insurance kemalangan diri sehingga RM500k.. (banyak weh… tp tuk mereka – mereka yang cacat kekal la… aku xmo cacat weh..) Seperti syarikat-syarikat insurance yang laennya.. Encik Prudent nih (maleh nak taip pepanjang… ponek) juga menawarkan kepada ahli-ahli mereka macam-macam insurance cover.. xlarat aku nak listkan kat sini, so.. google lah yer..

Apa yang membuatkan aku tertarik sangat nak join Encik Prudent nih?Sebab diorang tawarkan skim simpanan tetap dan xda tempoh matang tuk keluarkan semula duit yang aku dah leburkan laburkan tuh seperti syarikat insurance yang laen.. Encik Prudent memberi kelonggaran kepada ahli mereka untuk melabur dalam akaun prudential. So kalo rasa diri tuh misken sangat, mulakan lah dengan RM100 ( sebab nih jer nilai terendah yang ada… hee ) ..Macam pakej yang aku buat nih.. ialah RM200 sebulan.. sebab aku mampu sket dari nkorang-nkorang sumer.. tapi x lah kaya sangat… hee..

Ok.Dari RM200/bulan yang aku leburkan tuh, 26% akan digunakan untuk tujuan insurance cover dan selebihnya duit nkorang tuh akan dilaburkan ke pasaran saham. Nih sah sebab takaful BSN.. ada ciri-ciri islam, aku x arif sangat tentang nih free viagra samples free shipping.. so nkorang google la yer dan jangan lupa share kat sini hasil google nkorang tuh.. hee. So duit aku xlah disia-siakan langsung oleh Encik Prudent malah akan memberi keuntungan kepada aku bila aku tua xberdaya nanti..( kalo sempat tua la )

So aku kira kan secara kasar lah tuk tatapan nkorang bila mana usia aku mencecah 30 an nanti. Let say 39tahun kemudiannya..

RM200 x 12 x 12 ( aku start join umur 27 ) = RM28800

RM 28800 x 26% = RM 7488 yang dah di laburkan untuk tujuan insurance cover

RM 28800 – RM7488 = RM 21312 yang aku laburkan kat pasaran saham untuk masa 12 tahun

RM 21312 x 7% keuntungan pada umur 39tahun ( estimate jer nih, apa yang pasti aku dah ada 20K ++) = RM1491.84

Selepas 12 tahun simpan, aku dah ada duit yang cukup untuk kerjakan umrah atau haji.. Tak pun aku dah ada duit yang cukup tuk masukkan anak aku ke asrama penuh ( kalo dia pandai cam bapak dia ar.. hee ). Jadi aku  xkan merasa terhimpit dengan masalah kewangan atau pinjam along bukit mertajam tuk sekolahkan anak2 aku nanti. Ada lebeh duit tuh, bleh melabur dalam emas pulak.. kalo emas murah la masa tuh… sekarang nih pon aku dah x mampu nak beli… sian kat aku…

2.) Cuba lebih Fokus

Mengapa ye aku pilih tajuk kecik nih sebagai perkara no 2 dalam senarai menuju umur 3oan nih?Ha ha Ha.. senang jer jawapan nya.. sebab aku sekarang banyak maen2.. Jarang amek serius tentang sesuatu perkara yang kadang-kadang membuatkan orang sekeliling aku meluat nak layan aku.. (sob sob sob) Bukan ar tujuan aku nak mengaibkan diri sendiri, tapi tuh lah kenyataannya yang perlu aku hadapi. Kalo aku dapat memberi tumpuan penuh pada sesuatu perkara tanpa ada erti penat dan putus asa, dah tentu web blog ketuk angel nih akan jadi yang tersenarai antara blogger yang besh…( cewah.. sapa lagi nak puji diri kan.. ahaks ).

Kenapa aku cakap camtuh? Yer la.. dalam masa 3tahun aku berkecimpung dalam dunia internet dan blogging nih, aku hanya mampu menulis sebanyak 490 post jer ( tuh pon 70% duplicate content ) . Sesuatu yang memalukan dalam sejarah hidup blogger.. :(( So aku akn cuba memberi sedikit tumpuan yang sekata untuk tujuan blogging sambil bekerja untuk menanggung sara hidup yang tinggi sekarang nih..Aku akan cuba merialisasikan niat asal aku untuk berblog nih yang mana bertujuan memberi sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama readers semua..

3.) Getting married

Haa.. nih semua insan kat dunia nih mau kan? sapa yang tak mau kawen weh… Syurga dunia tuh.. ahaks.So aku akan memulakan satu langkah paling drastik dalam idup aku yang mana xdapat diterima akal kawan-kawan terdekat termasuk lah suku sakat yang ada.Aku akan suruh famly aku masuk meminang gadis pilihan ati aku sekarang ( actually dah pinang pon… hee ) .. Bila aku dah buat satu ikatan yang macam nih, so aku akan menjadi lebih fokus untuk mencapai target aku bila mencecah usia 30 nanti.. aku ada 3 tahun lagi untuk menjayakan impian yang xseberapa nak indah dari orang laen nih.. Apa yang pasti, aku akan berusaha untuk bergelar bapa sebelom 30tahun.. huhu kalo ada rezki ar.. hee

Kepada bujang teruna kat luar tuh yang masih lagi alpa dengan zaman ngedate ngedate nih, aku nasihatkan agar nkorang ghentikan je la.. dari nkorang berhabih beribu riban kat awek/balak nkorang, lebih bek nkorang nekad kamikaze cam aku.. pinang jer terus cinta ati nkorang tuh.. baru 2riban jer abeh.. nkorang pon dah leh start fokus cam aku.. ahaks.

4.) Rumah Banglo sebijik

Neh lagi satu niat yang akan ku cuba tuk digapai semasa usia 30an. Sebijik banglo yang sederhana mewah agar aku ngan keluarga aku tak lah hidup bergelimpangan di tepi tepi jalan.Kenapa aku lebih berminat nak beli rumah daripada nak beli kereta macam yang lelain? Sebab rumah adalah asset tetap sedangkan kereta hanyalah liabiliti semata2. So cukup lah sekadar memiliki sebuah motorsikal untuk memudahkan aku untuk kemana-mana. Lagi pon sekarang kenderaan awam bersepah2 n lagi menjimatkan duit. hee

Macam ner nak merialisasikan impian yang no 4 nih? Berbalik kepada target aku yang pertama tadi, aku dah ada RM20k ++ untuk buat downpayment rumah.. so leh ar aku beli rumah tu… hee

5.)Melangsaikan hutang

ooppss.. pehal plak berhutang hutang neh? Jangan terkejut la kalo aku cakap aku akan berhutang. Sebabnya, bila dah ada rumah sebijik, komperm korang akan berhutang. Xda lagi manusia biasa macam aku nih bleh beli rumah cash.  So aku akan menstabilkan kewangan aku dengan memberi 1 fokus yang sekata untuk aku menyudahkan hutang rumah nih nanti.

Tentang hiasan dalaman rumah tuh, biar ar aku serahkan kat orang rumah aku.. semua nko nak pikir, leh jem otak beb.. hehe. Apa apa pun kita hanya merancang, dan yang menentukan hanya Allah jua. Hidup tanpa perancangan bagaikan kapal belayar tanpa kompas.

So aku dah berjaya juga menghabiskan artikel yang x seberapa nih untuk edisi merdeka kali nih. Masih belum terlambat lagi rasanya untuk aku mengucapkan selamat menyambut kemerdekaan yang ke 53. Semoga laungan kemerdekaan yang korang celebrate tuh bukan sekadar laungan kosong, tapi membawa satu titik perubahan dalam hidup korang agar tak lagi dijajah seperti dulu.. Noktah!

Topik-topik yang berkaitan:

Penat + xda Masa = Malas
Assalamualaikum,

First of all aku nak wish epi ari raya Qurban kepada semua u…

Kegilaan Bisnes Internet dan Google Adsense : Bhg 2
Assalamualaikum,

Dalam entry yang lepas saya menyentuh isu monsun biznes yang…

Kenangan Terindah bersama mu
Sebut jer pasal kenangan terindah nih, mesti ada yang fikir pasal kenangan denga…

Mengapakah aku mula berblogging?
Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pemula bicara. Seperti biasa, hari n…

Topik-topik yang berkaitan:

Mungkin anda adalah MANGSA??
Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membaca...
Tipah tertipu lagi bang….
"Tipah tertipu, tipah tertipu bang...." begitulah dialog yang diucapka...
Kegilaan Bisnes Internet dan Google Adsense
Sebut sahaja bisnes internet, semua orang tau... Bisnes internet = jutawan. Tapi...
Kegilaan Bisnes Internet dan Google Adsense : Bhg 2
Assalamualaikum, Dalam entry yang lepas saya menyentuh isu monsun biznes yang...