Allah S.W.T menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya.
Sahabat Anas menceritakan bahwa satu hari Rasulullah S.A.W melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki.
Apabila melihat keadan itu maka baginda betanya, “Mengapa dengan orang ini?”
Dua anak itu berkata, “Dia bernazar hendak menunaikan hai dengan berjalan kaki.”
Rasulullah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memerlukan orang yang menyiksakan dirinya.”
Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.

Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, “Kamu datang dengan apa?”
Anak murid itu berkata, “Saya berjalan kaki.”
Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata :

“Dia telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya.”

Topik-topik yang berkaitan:

Luangkan sedikit masa untuk Allah...
Baca jika anda ada masa untuk ALLAH. Bacalah sehingga habis. Saya hampir m...
Keli oh Keli
Assalamualaikum wbh Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. ...
Khas buat perempuan yang suka mengait
Tree Cozy Tree, Yarn 600"h x 300"w x 300"d(varies) 2005 Scu...
Kenangan.....
alahai!!! teringat lak zaman sekolah dolu2!! rindu pulak kat membe2 lame!! ...