Assalamuaalaikum dan salam sejahtera kepada kalian semua,

Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyabut hari raya aidilfitri dan masih belum terlambat kiranya aku memohon maaf di atas ketelanjuran kata semasa menulis blog ini. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pembaca-pembaca blog yang sudi membaca dan memberi komen. Tidak banyak yang dapat aku himpunkan di dalam blog yang xseberapanya ini untuk perkongsian bersama pembaca. Hanya sekadar berkongsi sedikit research tentang perniagaan dan pendapatan secara online. Itupun xbanyak yang boleh aku banggakan sepanjang 3tahun aku melabur dalam dunia internet ni. Walaupun begitu, aku tetap mendapat imbuhan dari usaha yang aku lakukan dan mmg aku akui ianya xlah seberapa sangat kalau nak di bandingkan dengan blogger2 lain yang sama2 menceburkan diri 3tahun yang lalu.

Setelah kian lama aku menyepikan diri dalam misi pencarian duit online nih, aku gagahkan diri sekali lagi untuk membuat sedikit research mengenai duit online hari ini. Mmg seperti yang ku duga, semakin ramai dan semakin banyak mereka di luar sana membuat promosi berkenaan perniagaan online dan duit online percuma. Sesekali tersesat dalam dunia nyata mmg xmerugikan. Mengapa aku mengatakan ianya tak rugi sedangkan aku telah pon membazirkan masa cuti ku ini untuk mentelaah dan mengkaji tentang kebenaran pendapatan online ini yang mana dari awal pembabitan aku sehingga sekarang, cara yang paling berkesan untuk menjana pendapatan online nih adalah promosi yang berterusan. Persoalannya bagaimana nak promosi dan apakah medium medium yang sesuai untuk melaksanakan kerja-kerja promosi ini?

Seperti yang kita telah ketahui, (bagi mereka yang belum tahu tuh rerajinkan diri menggoogle yer ) aset utama dalam menjana pendapatan secara online ini adalah traffic yang tinggi. Sekiranya kita mempunyai trafic yang tinggi maka potensi untuk menjana pendapatan pasif secara online adalah cerah sama sekali. Malangnya kegagalan mendapatkan nilai tarfic yang tinggi menyebabkan ramai yang tersungkur di tengah jalan. Keghairahan mereka mengejar kekayaan maya menyebabkan mereka lupa untuk berdoa dan bertawakkal.

Ramai yang berjaya dengan bidang online ini mendapatkan trafic secara percuma dengan membuat sedikit review mengenai sesuatu produk. Google Adsence contohnya, beribu malah berjuta blog picisan ada membincangkan tentang pendapatan dengan google adsense. Malah aku sendiri ada menggunakan khidmat pakcik google untuk mencari sesuap nasi di internet. Aku juga ada membuat beberapa review berkenaan dengan google adsense yang mana menceritakan pengalaman ku sendiri sewaktu mempromosikan google adsense.

Review yang dibuat seharuslah berbentuk pandangan peribadi mahupun pandangan terkumpul yang mana kita boleh perolehi sewaktu melayari blog2 yang berkaitan dengan niche yang hendak di tulis.Sebagai contoh niche yang hendak kita tulis adalah berkaitan dengan bidang pengiklanan. Perkara pertama yang kita perlu lakukan dalah membuat sedikit research mengenai bidang pengiklanan di Malaysia. Taip sahaja bidang pengiklanan di dalam google search maka keluarlah senarai advertiser seperti nuffnang, advertlets, infity, manggads dan sebagainya. Terdapat juga blog2 yang menceritakan pengalaman mereka mendapatkan perkhidmatan pengiklan, melalui komen2 yang diberikan juga kita boleh dapatkan satu rumusan untuk sesuatu program pengiklanan. Kita boleh menulis bagi pihak yang positif ataupun sudut pandangan yang negatif. Sesuatu gaya penulisan adalah bergantung kepada daya kreativiti individu yang menulis.

Semakin banyak review yang nkorang tulis mengenai sesuatu produk semakin banyak trafic percuma yang nkorang boleh tarik kerana kebanyakan user di internet hanya tahu menggunakan yahoo search atau google search instead of taip terus nama website. Jangan lupa untuk menggunakan tags tuh kerana dengan tags tuh lah trafic percuma akan datang melimpah2. Tapi jgan sampai tag benda2 yang xberkaitan dengan review yang nkorang buat.

Semoga usaha nkorang tuh berterusan tanpa ada sebarang ketandusan idea, sebab kat dalam internet nih macam2 benda ada, nkorang tinggal kumpul dan jadikan satu website yang berguna.. Insyaallah

Topik-topik yang berkaitan:

Adsense Alternatives – Monitizes your revenue
Google AdSense is the current leader in content-sensitive web-based marketing. W...
Mengapakah aku mula berblogging?
Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pemula bicara. Seperti biasa, hari n...
Simpanan ASB vs Simpanan Emas Fizikal
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Keinginan memiliki motorsikal idaman mem...
10 PERKARA YANG TAK MAMPU DIBELI DENGAN DUIT
DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewas...