Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menjadi antara yang popular mungkin menjadi idaman setiap insan. Ini menyebabkan mereka yang mengimpikan status popular ini sanggup melakukan perkara yang baik mahupun perkara yang jahat. Kesan daripada status popular ini, dapat meningkatkan traffic yang tinggi ke blog kendalian mereka.

Berbeza pula dengan artis-artis, ahli sukan dan ahli politik. Mereka mempunyai pengikut yang tersendiri. Pengikut yang ramai tersebut mampu membuatkan diri mereka bukan sahaja popular malah menjadi lebih kaya dari yang sebelumnya.

Bukti tersebut dapat ditunjukkan dengan keberhasilan jualan produk-produk yang menggunakan nama-nama artis atau ahli sukan sangat tinggi membuatkan pendapatan sampingan mereka lebih berbaloi berbanding profesion asal. Produk SimlySiti misalnya, menghasilkan jualan yang mendadak kerana dikeluarkan sendiri oleh Datuk Siti Nurhaliza. Produk tersebut sebenarnya banyak dipasaran, namun brand yang membuatkan jualan produk berkaitan tidak sehebat produk SimplySiti.

Kenyataan artikel ini mungkin mengundang kemarahan sesetengah pihak termasuk Datuk Siti sendiri, namun dunia nyatanya dunia perniagaan memang begitu. Produk Susu Kambing Arabica xjauh bezanya dengan Produk Dr Goat.  Yang membezakan hanya Bungkusan dan gambar kambing dibungkusan tersebut. Rasanya tetap rasa susu kambing, xpernah berubah menjadi susu orang!!

Penghasilan artikel kali ini bukan lah bertujuan untuk menaikkan atau menjatuhkan sesiapa, cuma mahu mengajak pembaca semua merenung sejenak bertapa beruntungnya menjadi seperti mereka. Profesion sedia ada telah membuatkan mereka kaya, namun bertambah pula dengan perniagaan yang mereka lakukan. Hanya atas nama popular, semuanya boleh belaka.. Bagi kita yang kurang atau tidak popular langsung ini apee pon tak bollehh!!

Apa yang mengejutkan, Haniz Zalikha lebih popular dari datuk Siti Nurhaliza. Cuba anda bayangkan jika beliau membuat jualan terhadap sesuatu produk yang di’rebranding’  dengan menggunakan nama beliau.  Maka tak perlu dinafikan lagi, bertambah kaya lah beliau dan keluarga beliau.

Apa yang menariknya disini, beliau hanyalah membuat update diblog peribadinya hampir setiap hari demi memberikan kepuasan kepada pembaca sehinggakan syarikat pengiklanan tersohor Malaysia iaitu Nuffnang Sdn Bhd telah mengiktiraf beliau sebagai blogger yang meningkat naik sepanjang 2010. Bukan itu sahaja, syarikat akhbar tempatan seperti Majalah Intrend, Kosmo, Berita Harian dan News Street time juga mengiktiraf beliau sebagai seorang yang popular.

Nah, terasa diri penulis bagaikan jauh panggang dari api jika hendak dibandingkan dengan mereka-mereka yang baru berkecimpung dengan dunia blogging. Kehadiran mereka menenggelamkan terus diri ini dari dunia blogging kerana kepopular’an mereka.

Topik-topik yang berkaitan:

Selamat Menyambut Syawal….
Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan dan juga pembaca blog ini... saya ingin...
YeAh dah nak Raya
Selamat hari raya kpd yang sudi melawat blog nih, berhati2 semasa pulang ber...
Kenangan Terindah bersama mu
Sebut jer pasal kenangan terindah nih, mesti ada yang fikir pasal kenangan denga...
Duit Online pertama...
Salam, Setelah sekian lama menanti dan mengkaji, akhirnya dapat jua membuktikan ...