Plugin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Blogging atau Berblog merupakan trend terkini anak-anak muda. Tiada Blog umpama seekor katak yang dikurung dalam tempurung, maka setiap hari beribu malah berjuta pendaftaran blog di hosting blogger.com. Kewujudan blog umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan. Namun tujuan utama mewujudkan sebuah blog masih bersifat subjektif. Ada yang bertujuan untuk menjana pendapatan melalui informasi-informasi terkini, ada juga hanya sekadar suka-suka, ada juga untuk tujuan berpolitik dan sebagainya.

Platform wordpress merupakan salah satu cabang CMS yang digunakan untuk berblogging. Terdapat hosting percuma yang menawarkan CMS WordPress seperti di wordpress.com dan hosting berbayar. Namun berblog menggunakan hosting percuma di wordpress.com adalah terhad kepada plugin-plugin yang disediakan sahaja berbanding menggunakan hosting berbayar. Anda bebas menambah atau membuat plugin tambahan tersebut selain boleh menukar theme blog wordpress anda menjadi lebih profesional.

Penggunaan plugin tambahan ini juga penting bagi menambahbaik bentuk persembahan blog anda di persada internet. Namun pemilihan plugin yang salah boleh membuatkan loading blog wordpress anda menjadi sangat lembab dan sukar dicapai oleh pengunjung. Ini akan menyebabkan anda kehilangan trafik pembaca. Hilang trafik bermakna blog anda umpama sampah yang tidak berguna.

Pemilihan plugin yang betul dan penggunaan yang berkesan dapat meningkatkan jumlah pengunjung. Ramai blogger berjaya mengubah pengunjung setia blog mereka menjadi pembeli online.Rahsianya hanya bentuk penyampaian, susunatur blog dan pemilihan plugin yang betul. Bila trafik pengujung meningkat, peluang anda untuk menjadi lebih berjaya sudah terbuka luas.

Namun persoalannya, apakah plugin yang sesuai dipasang pada blog wordpress anda?

1) Stat Press V

Menganalisa kemasukkan trafik ke weblog adalah penting bagi mengkaji keberkesanan sesuatu artikel yang berjaya dihasilkan. Dengan menggunakan Plugin Stat Press V ini anda boleh mengetahui artikel mana yang paling banyak menerima carian di google. Ini amat penting untuk meningkatkan SEO kerana menulis artikel yang mendapat carian yang tinggi di google dapat membantu anda meningkat page rank weblog anda.

TopSearch

 

Stat Press V memberikan anda satu statistik yang paling lengkap membolehkan anda memilih niche yang paling banyak mendapat carian di google. Anda tidak perlu lagi login ke cpanel domain anda untuk menjalankan awstat bagi mendapatkan analisa ini. Semua sudah terjawab dengan plugin Stat Press V dan ianya PERCUMA.

2) Shareholic Plugin

Viral marketing merupakan cara paling pantas untuk mendapatkan trafik. Kebanyakkan pengunjung weblog anda adalah pengguna Facebook Tegar. Dengan menggunakan plugin ini, pengunjung dengan mudah menekan butang Share atau Like sekiranya artikel yang anda sampaikan itu memberikan satu bentuk informasi yang berguna. Seluruh rakan facebook mereka akan mendapat alert tentang link weblog anda. Cara marketing sebegini sangat popular dan memberikan satu impak yang sangat berkesan kepada trafik weblog anda.

shareholic

Shareholic Plugin ini juga mempunyai lebih 20 laman sosial yang boleh digunakan untuk tujuan Viral Marketing. Antaranya adalah twitter, technorati, linkdn, tagged, myspace, blogger, google 1+, digg, stumbleupon dan sebagainya. Terdapat juga fungsi butang print bagi pengunjung yang berminat untuk mencetak artikel anda. Pemasangan Shareholic Plugin ini sangat mudah semudah ABC dan ianya PERCUMA.

3) Facebook Lightbox

facebooklightbox

Medium Sosial Facebook merupakan medium jaringan sosial yang terbesar didunia setakat ini. Sekiranya anda ingin mendapatkan pengunjung yang ramai, Jaringan sosial Facebook merupakan pilihan yang terbaik sekali. Kebanyakkan internet marketer menjual produk mereka kepada pengunjung yang datang dari Laman Sosial Facebook. Jualan mereka menjadi sangat memberansangangkan dan rahsianya adalah Facebook Lightbox plugin.

Plugin ini akan bertindak seperti popup advertisement, yang mana secara halus memaksa pengunjung weblog anda untuk menekan butang Like. Selaing meningkatkan page like yang tinggi, plugin ini juga membantu anda untuk mendapat fanpage yang ramai. Sekali lagi berita gembira untuk anda, plugin ini adalah PERCUMA. Anda tidak perlu membeli Samseng FB kerana plugin ini juga bertindak seperti SAMSENG yang TERHORMAT.. 🙂

4) Media FLICKR

Weblog dan Gambar memang tidak dapat dipisahkan. Jika sesebuah weblog dibangunkan tanpa disertakan dengan gambar-gambar yang menarik umpama membuat persembahan kepada sibuta. Gambar memainkan peranan yang SANGAT PENTING kepada jatuh bangun weblog anda. Gambar juga dapat membantu pengunjung memahami isikandungan artikel yang cuba anda sampaikan. Namun penggunaan hosting yang terlalu maximum juga membuatkan weblog anda diloading dengan lambat. Selain membuatkan kapasiti hosting anda bertambah, gambar yang banyak juga membuatkan page artikel anda diloading dengan AMAT LAMBAT.

mediaflickr

Penyelesaiannya adalah Media Flickr Plugin. Dengan menggunakan plugin ini, anda dapat mengakses terus ke gambar-gambar yang tersimpan didalam akaun Flickr anda. Anda juga mengakses gambar-gambar dari user flickr yang lain. Kelebihan menggunakan plugin ini adalah, penggunaan kapasiti hosting anda akan berkurangan, loading page weblog anda akan menjadi pantas, dan anda tidak perlu lagi pening-penig kepala untuk mencari gambar di flickr dan melakukan embeded code yang membosankan. Semuanya hanya dengan 1 klik sahaja, dan gambar dari flickr akan terus dipaparkan ke weblog anda. Berita baik untuk anda, plugin ini adalah PERCUMA.

5) Related Post Thumbs

Sekiranya anda biasa mendengar apa itu LINKWIDGET tentu anda akan dapat membayangkan penggunaan widget ini. Ianya membantu pemilik blog menarik pengunjung blog untuk lepak lebih lama di blog mereka. Namun penggunaan widget ini ada kelemahannya kerana, anda terpaksa berdepan dengan kecurian unique visitor kerana penyedia widget ini ada menyertakan Popup Advertisement yang mana boleh mengganggu loading page anda.

relatedpost

Penyelesaian bagi masalah ini adalah dengan memasang Plugin Related Post Thumbs kepada weblog anda. Plugin ini juga bertindak mengekalkan kesetiaan pengunjung dengan memaparkan artikel berkaitan dengan disertakan dengan gambar dari artikel tersebut. Kelebihan menggunakan Plugin ini adalah, anda tidak akan kehilangan Unique Visitor lagi dan mereka mungkin akan terus sesat melayari keseluruhan artikel di blog anda. Plugin ini juga PERCUMA.

Topik-topik yang berkaitan:

Writing a review to others
On the Internet you can earn cash just for writing reviews! You could review any...
Make money blogging
I've done a lot of blogging in my time and it can generate a good revenue and if...
Should you change your mind to BANNED Google ADSENSE?
Lets face it - Many.. Oh wait! Not many.. Almost all webmasters/bloggers believe...
Mengapakah aku mula berblogging?
Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pemula bicara. Seperti biasa, hari n...