Assalamualaikum pada yang muslim dan Salam sejahtera pada yang bukan muslim..

AnwarDunia sekeliling kita kian berubah, banyak pokok-pokok ditebang, bukit-bukit diratakan dan berganti dengan bangunan pencakar langit yang berdiri megah menongkat langit… Namun disebalik kemajuan Malaysia terus membangun, merubah dan mencipta kegemilangan agar menjadi sebuah negara yang cemerlang dan terbilang, masih ada lagi sekumpulan manusia yang tidak sedar akan kejayaan ini malah terus mengutuk dan mencaci sistem pentadbiran negara.. Apa lagi yang dimahukan oleh mereka ini? Kekayaan? Kemewahan? Kebahagiaan? Keseronokan? atau mahu Menindas??

Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai isu terhangat dipasaran nih, saya nak memohon ampun dan maaf kepada pihak yang bakal terasa nanti kerana apa yang bakal dibaca nanti hanya pendapat seorang rakyat yang begitu mencintai keamanan..dan JANGAN SAMAN SAYA… saya xda duit..

Tentu ramai yang telah mengetahui tentang kes terhangat di pasaran sekarang kan? KES Datuk Meliwat PEMBANTU.. Datuk yang dimadsudkan tak lain dan x bukan, seorang yang begitu fofular sekitar 98 dahulu.. Ya.. DATO’ ‘Seri’ ANWAR IBRAHIM.. Pada waktu itu satu tuduhan Liwat telah di lemparkan kepada beliau. Hampir setiap hari berita di kaca tv mengungkai kisah di sebalik pertuduhan itu, tidak ketinggalan juga media cetak yang berjaya mengaut keuntungan jutaan ringgit HASIL dari pertuduhan itu.. Akhbar yang paling fofular dan telah memenuhi segenap ruang rumah saya pada waktu itu ialah HARAKAH dan HARIAN METRO.. Arwah bapa saya siap menyimpan setiap artikel yang berkaitan dengan DATO ‘Seri’ nih.. dan kalau arwah masih ada lagi sekarang, saya pasti keratan akhbar HARAKAH dan HARIAN METRO berkaitan kes DATO ‘Seri’ nih akan menjadi bahan rujukan arwah untuk berhujah mempertahankan DATO ‘Seri’ yang xberapa nak ber’Seri’ nih.. Semua rakyat Malaysia tahu pada tahun 98 nih Dunia mengalami KRISIS MATAWANG yang teruk sehinggakan negara-negara yang baru membangun terpaksa meminjam wang daripada IMF untuk menstabilkan ekonomi negara mereka untuk terus membangun.. Malang bagi negara yang bertindak meminjam IMF kerana negara mereka dibebani hutang yang x mungkin terlangsai malah menjadi HAMBA $’US’D.. Kita bersyukur kerana pemimpin kita pada ketika itu ( Tun Dr Mahathir B. Mohamed bukan PAKLAH SENANG KIRA YER!! ) telah bertindak bijak tidak mengambil keputusan untuk meminjam BANK DUNIA yang meratah mangsa itu… kita patut bersyukur kerana kita telah terselamat dari menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan manusia selama 10 tahun…

Apa kaitan nyer PINJAM IMF dengan KES DATO xberapa nak ‘Seri’ nih?

Setelah 10tahun berlalu kes kegawatan ekonomi, Dunia sekali lagi di gemparkan dengan krisis harga minyak yang naik mendadak sehingga berkemungkinan mencecah 140USD – 170USD setong ini. Bayangkan apa yang akan berlaku pada kita?? BAYANGKAN.. dan negara MALAYSIA digemparkan sekali lagi dengan ISU BERBANGKIT.. DATO’ meliwat PEMBANTUnya yang berusia 23tahun.. ( ish ish ish.. apa kah nikmat lubang lelaki itu berbanding lubang isterinya yer ?) Kalau sepuluh tahun dahulu saya xpaham apa yang berlaku sebenarnya dalam POLITIK MALAYSIA nih, namun sekarang saya dah paham mengapa Chedet humban DATO xberapa nak ber’SERI’ nih kat dalam kamar besi…

Mengapa yer Tun DR.M Humban dia nih kat dalam tuh???

Reformasi Telah saya sebut tadi 10tahun kita ter’selamat’ dari menjadi mangsa ratahan BANK DUNIA.. sekarang kita bakal menjadi mangsa sekali lagi.. Pada 1998 Menteri kewangan Kedua seperti yang kita sedia maklum ialah Dato xberapa nka ber’Seri’ nih, dan menteri Kewangan adalah PM sendiri.. 10 tahun dah berlalu, namun saya terfikir mengapa Tun DR.M meng’Humban’ Menteri Kewangan Keduanya kedalam tirai besi.. antara sebab yang mungkin termasuklah:-

  1. Anwar telah cuba mendapatkan bantuan luar untuk ‘menyelamatkan’ dirinya MALAYSIA**
  2. Dr M berselisih pendapat dengan Anwar di dalam menentukan keputusan untuk tidak meminjam IMF**
  3. Anwar amat berbahaya kepada negara kerana mahu melibatkan negara luar untuk memenangi Kes Tuduhan Liwat ke atasnya**
  4. Dr M menerima hasutan daripada pihak-pihak tertentu**
  5. atau Sememangnya Anwar ini bakal mengucar-kacirkan negara **
** apa yang di tulis ini hanyalah pendapat peribadi seorang rakyat

Sebelum mantan PM kita yang tersayang ini menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Menteri Diam-diam ubi berisi nih ( yer ke???? bukan dia diam tu dia ngah tido ke??? ) beliau ada mendeklamasikan serangkap sajak yang sangat menyayat hati kita kerana apa yang tersirat disebalik yang tersurat itu ternyata menunjukkan kekecewaan beliau sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia.. berikut merupakan rangkap sajak yang di baca oleh beliau sewaktu perhimpunanUMNO pada 23 jun 2001

Melayu Mudah Lupa

Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai…

**article ini dipetik dari www.utusan.com.my

Ya perjuangan belum selesai lagi PAKLAH ku yang pi sibuk tukar mission apahal… NO Point!!

” Kadangkala, untuk Maju kehadapan kita perlu menoleh kebelakang ”

-Paklah Senang Kira-

What the heck?? Again.. No Point

Apa Kaitan Anwar Ibrahim dengan Melayu Mudah Lupa nih???

Seperti yang saya cakap tadi, kita dah ter’selamat’ daripada cengkaman IMF dan terselamat dari pengkhianat orang yang mungkin menjual negara 10tahun lamanya dan sekarang dia kembali untuk melakukan perkara yang sama seperti 10tahun dahulu..

  • Mewujudkan kekacawan
  • Mewujudkan rasa bimbang
  • Me ‘Reformasi’ kan Politik negara
  • bertindak menjual maruah negara dengan mendapatkan pengaruh Luar

dan mungkin menjadikan MALAYSIA seperti IRAQ kerana menjual negara untuk menjadi Pemimpin Pak Angguk seperti Perdana Menteri IRAQ yang bertindak menggulingkan SADDAM untuk menjadi Pemimpin Iraq yang dikawal US.

“Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt”.

copied from www.chedet.com

Mahukah kita menjadi sebuah negara ISALM yang dipimpin YAHUDI pada dasarnya??? Sama-sama lah kita fikirkan kerana kita mempunyai 5tahun untuk membuat pilihan dan penilaian.. Jangan jadi MELAYU YANG MUDAH LUPA , tetapi sebalik jadilah TAK MELAYU HILANG DIDUNIA..

p/s sekali lagi ribuan maaf kepada pihak yang terlibat kerana kertelanjuran kata, kerana ini hanyalah luahan hati seorang rakyat yang mencintai kedamaian..

dijemput blogger-blogger muda seperti khai ataupun saudara suth ataupun musnaz ataupun chedet sendiri untuk membincang dan memperbetulkan kefahaman saya selaku rakyat malaysia…

Wasalam…

Topik-topik yang berkaitan:

Mencegah lebih baik dari mengubati
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca blog ini, Kebelakangan ini, p...
Mengapakah aku mula berblogging?
Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pemula bicara. Seperti biasa, hari n...
Bulan yang terang tak perlu di suluh, timbangan yang rosak perlu di buang
“Kera dihutan disusukan… Anak dirumah Mati kelaparan” “Rakyat didahulukan… Pe...
Merdeka Kali Yang Ke-55
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bertemu sekali lagi kita pada hari yang ...