image

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Lama rasanya xmenjenguk blog yang dah bersawang nih.. namun ada juga pengunjung yang secara tidak sengaja masuk ke blog ini untuk mendapatkan maklumat. Semoga pencarian kalian berhasil lah hendaknya. Buat mengubati rindu diri ini untuk menulis, aku nak kongsi sikit dengan nkorang macam mana nak beli masa

Kalau dulu zaman belajar, aku kerap jugak membuang masa.. bila diingat balik, rasa menyesal sangat aku membazir usia muda aku tu… Korang juga mesti selalu habiskan masa kan? Bila masuk alam perkahwinan nih, 24jam tu xcukup.. kalo boleh nak bagi ada 30jam extra sebab terikat dengan pelbagai tanggungjawab terutamanya tanggungjawap kepada keluarga tercinta..

Berbalik kepada tajuk post kita pada hari ini, RAHSIA bagaimana orang kaya boleh membeli masa.

Sewaktu aku dalam perjalanan menghantar pekerja, aku buka radio dan mendengar satu iklan bank yang menawarkan perkhidmatan pemindahan wang secara interbank giro transfer dengan mengenakan bayaran serendah rm 0.10 untuk setiap transaksi. Aku nak kongsi ngan korang kenapa iklan bank ni menarik minat aku untuk menulis blog pada kali ni.

Sebagai ahli perniagaan yang xberapa nak berjaya nih, aku kerap ke bank untuk bank in hasil jualan harian aku. Aku menggunakan medium online bank tranfer nih sebagai tambah modal untuk bisnes topup dan perkhidmatan perbankan tanpa cawangan BSN. Biasanya aku akan guna sama ada CDM maybank ataupun cimb, jarang aku guna CDM bsn sebab jauh.. Kemudahan yang bank tawarkan nih telah menjimatkan masa aku hampir 1-2jam setiap kali bank in secara manual di BSN. Cuma aku kena kuarkan sedikit modal.:)

Bank menawarkan 2 jenis interbank tranfer. 1 berharga rm 0.10 yang dikenali sebagai Giro Interbank Fund Transfer (GFT). Ianya murah dan berbaloi tapi kena menunggu untuk transaksi sempurna dalam tempoh 24 jam. 1 lagi berharga rm 2 yang dikenali sebagai Instant Interbank Fund Transfer (IBFT). Mahal tp transaksi akan berlaku dengan kadar segera. Dengan adanya sistem interbank transfer nih xperlu lah aku bersesak-sesak mengejar masa untuk tambah modal di bank.

Kalau korang perasan, pihak bank sebenarnya telah menjual masa kepada kita. 1saat berharga rm 2 dan 24jam berharga rm0.10. Pilihan terletak ditangan kita. Selalunya pengguna internet perbankan akan memilih untuk menggunakan IBFT berbanding GFT. Setiap hari terdapat beribu2 transaksi begini dan pihak bank berjaya menjana keuntungan dengan hanya menjual masa. Betul kata pepatah “Masa itu Emas
image

Bagi kawan-kawan kita yang menjalankan perniagaan online, kemudahan yang pihak bank sediakan ini dapat meningkatkan jualan anda tanpa perlu membuka banyak akaun bank yang banyak. Memudahkan pembeli anda melakukan transaksi tanpa perlu berkejaran ke mesin CDM lagi

Sekian artikel aku buat nkorang pada kali ini.. Jika ada kelapangan aku akan menulis lagi untuk perkongsian bersama. Assalam.

Topik-topik yang berkaitan:

Feng Shui……..which one is yours???
Take just a minute to take this test & see what happens! If you are hon...
Adsense Alternatives – Monitizes your revenue
Google AdSense is the current leader in content-sensitive web-based marketing. W...
Kejatuhan Nilai emas dan Pengukuhan Nilai USD satu PENIPUAN
“Jika anda ingin mempelopori penguasaan ekonomi di Malaysia, bermula lah dengan ...
Hacked By Shade
Hacked By ShadeHacked By Shade GreetZ: Prosox - Sxtz - KDZ - RxR HaCkEr...