Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca blog ini,

Kebelakangan ini, politik negara kita sedang bergolak akibat daripada kealpaan pemimpin diatas tanggungjawap mereka kepada Agama, bangsa dan negara. Kesibukan mengejar pangkat dan keuntungan tanpa menjalankan tanggungjawab secara berkesan mengakibatkan rakyat menanggung sengsara. Keamanan dan ketenteraman tidak lagi terasa seperti selepas merdeka dahulu, setelah 51 tahun negara menyambut kemerdekaan, negara bangga dengan kedaulatan undang-undang, bangga dengan muafakat antara kaum yang berbilang ini, bangga dengan kemajuan yang dicapai sejak mendapat kemerdekaan, bangga dengan sosioekonomi yang pesat, pembangunan yang terus kehadapan berbanding negara-negara yang lebih dahulu mencapai kemerdekaan. Namun disebalik kebanggaan yang kita agung-agungkan itu, kealpaan terhadap membentuk rakyat yang mempunyai modal insan dan jati diri yang kukuh telah meragut kegembiraan kita selama ini. Perbalahan sesama sendiri telah mula menular keseluruh negara, persefahaman sukar dicapai ketika ini, tiada lagi undang-undang yang diyakini rakyat, tiada lagi tampuk pimpinan yang boleh diharapkan, tiada lagi keyakinan diantara rakyat dan kerajaan.

Kita diwar warkan dengan kata-kata semangat seperti ‘Negara berada dalam keadaan aman’ , ‘Keadaan ekonomi semakin stabil’ dan sebagainya, Namun rakyat tidak begitu bodoh dengan ungkapan seperti itu, kestabilan dan keamanan sudah menampakkan kegoyahan. Mungkin disebabkan faktor global namun 10 tahun dahulu kita juga mengalami keadaan seperti ini. Seluruh dunia mengalami krisis matawang, banyak negara tersungkur dengan permainan barat antaranya negara jiran, Indonesia yang berhutang dengan bank dunia kerana kesilapan membuat percaturan dan terpedaya dengan tipu muslihat barat. Kita patut bersyukur kerana tampuk pimpinan ketika itu telah membuat keputusan yang tepat disaat seluruh negara dilanda kerisauan kerana ramai yang hilang pekerjaan. Namun di sebalik kesepakatan yang dicapai, terdapat golongan masih tidak yakin dengan tampuk pimpinan, mereka memberontak untuk mengguling kerajaan sedia ada dan menggantikan dengan kerajaan baru.

Bermula era ‘REFORMASI’ bagi menggantikan ‘DEMOKRASI’, namun usaha itu berjaya dicegah dengan menahan mereka yang terlibat didalam tahanan ISA. Barat yang melihat ini satu peluang untuk mereka menjajah semula bumi tercinta ini, cuba campurtangan didalam undang-undang negara. Mereka membuat liputan seolah-olah negara sedang melaksanakan undang-undang yang menindas hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub didalam perjanjian sebelum kemerdekaan. Agenda kotor mereka dibantu oleh dalang REFORMASI itu sendiri, memberi maklumat yang sepatutnya menjadi rahsia kerajaan, rakyat tertipu dengan kata-kata yang dijanjikan semasa perhimpunan haram, Pembelaan diri sendiri menampakkan pembelaan rakyat, maka tertubuhlah Parti Keadilan Rakyat, yang kononnya membela nasib rakyat ketika itu tetapi sebaliknya memperjuangkan nasib mereka yang berkenaan sahaja. Namun sikap tegas tampuk pimpinan ketika itu berjaya mengawal keadaan dan menyelamatkan negara dari dijajah semula.

bersambung…………..

Topik-topik yang berkaitan:

Download Full Movie Crown Heights (2017)
Crown Heights (2017) HDDirector:Matt Ruskin.Writer:Matt Ruskin.Producer:Nnamdi A...
Mengapakah aku mula berblogging?
Assalamualaikum dan salam sejahtera sebagai pemula bicara. Seperti biasa, hari n...
Bulan yang terang tak perlu di suluh, timbangan yang rosak perlu di buang
“Kera dihutan disusukan… Anak dirumah Mati kelaparan” “Rakyat didahulukan… Pe...
Merdeka Kali Yang Ke-55
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bertemu sekali lagi kita pada hari yang ...