Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu sekali lagi kita pada hari yang sangat berbahagia iatu hari Sambutan Kemerdekaan Kali yang ke 55. Di dahulukan dengan ucapan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan diselangi Doa agar kita semua sentiasa dilindungi dan dipelihara dari segala macam kekejaman. Di kesempatan ini juga, saya selaku penulis merangkap pemilik Ketuk Angel Weblog ingin memohon maaf diatas keterlanjuran kata sewaktu saya menyampaikan / menulis artikel di weblog ini.

Sambutan kemerdekaan ini merupakan sambutan yang ke 29 dalam hidupku. Pelbagai ragam dan cerita telah ku dengar berkenaan perihal politik di Malaysia. Dari isu minyak mahal, kroni, halal,haram,pecah amanah, isu seks, kecurangan, dan macam-macam omokkan yang disebarkan keseluruh negara malah menjadi isu hangat pada dunia hari ini. Namun apa yang aku nampak hanyalah sebuah PERPECAHAN..

Berkemungkinan negara berdaulat ini masih BERDAULAT atau sudah HILANG kedaulatannya, menjadi satu tanda tanya yang cukup misteri. Aku hanya mampu melihat dan merasai kekalutan mereka yang TAMAKKAN KUASA.

“Hilang saudara tak pa ASAL SIPULAN Boleh Berkuasa”

“Hilang Isteri tak pa ASALKAN Sipulan Bin Sipulan Mentadbir”

“Anak DURHAKA pada Ibu Bapa Tak Pa ASALKAN Sipulan Bin Sipulan Jadi RAJA”

“SAHABAT Jadi MUSUH Tak Pa ASALKAN Sipulan Bin Sipulan Memerintah”

“Yang BODOH tiba-tiba Jadi MEMANDAI”

“Yang CERDIK tiba-tiba MEMBODOHKAN DIRI”

Begitulah fenomena yang dilalui setiap RAKYAT yang berbilang BANGSA ini. HARIMAU yang DAH KENYANG tiba-tiba meng’AUM’ protest tanda LAPAR. Gajah yang TIDUR tiba-tiba meng’AMUK’ tak tentu pasal. Semuanya angkara Cerita Mulut ke Mulut yang tak tahu dari mana sumbernya.

Yang Amat menyedihkan ramai tak tahu nak membezakan BERITA BENAR ataupun BERITA PALSU. Makin dicungkil rahsia, semakin TERTUSUK kedalam rahsia tersebut.

RAKYAT dijajakan dengan JARUM kemarahan. Hampir Seluruh Negara TERBELI jarum tersebut sehinggakan TIADA siapapun yang jual benang PERPADUAN.

Oh Tanah airku, TEMPAT TUMPAHNYA DARAHKU…. Kini KAMU MENJADI REBUTAN oleh mereka yang MENUMPANG dan BERTEDUH sehinggakan KAMI pula dituduh PELARIAN.

Namun, aku TETAP YAKIN. Masih Ada pengampunan dan peluang kedua dari-NYA untuk kita semua PERBETULKAN sebelum sifat AR-RAHMAN dan AR-RAHIM bertukar menjadi AL-MUTAKABBIR.

Salam kemerdekaan untuk semua pembaca. Jadikan Peluang ini untuk kita TERUS bersatu dibawah Naungan-NYA. Bukan dibawah Sipulan bin Sipulan

Topik-topik yang berkaitan:

Download Full Movie Crown Heights (2017)
Crown Heights (2017) HDDirector:Matt Ruskin.Writer:Matt Ruskin.Producer:Nnamdi A...
Mencegah lebih baik dari mengubati
Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca blog ini, Kebelakangan ini, p...
I'm going for 30. What should I do?
“Memori indah dulu kian menyepi, kehidupan lalu kian menghilang, yang ...
Bulan yang terang tak perlu di suluh, timbangan yang rosak perlu di buang
“Kera dihutan disusukan… Anak dirumah Mati kelaparan” “Rakyat didahulukan… Pe...