Selamat Tahun Baru Cina kepada kaum cina di Malaysia khususnya… di sebalik keseronokan menyambut kemeriahan tahun baru cina kali nih, aku terpaksa bekerja untuk standby kat site office.. busan beb.. orang sumer xda tinggal aku sensorang kat site office mentelaah drawing la kononnyer… nasib la kat site office nih ada sambungan internet, buleh jugak aku menghilangkan busan. Aku baru je kerja kat site office nih.. jadi site supervisor la kononnyer.. tau katner site office nih? huhuhu.. kat langkawi tu.. jauh dari daratan… nak sangat gi pulau.. dapat kerja pon kat pulau jugak.. Xda apa yang aku buat kat sini time2 cuti camni.. diorang sengaja dengki aku xbagi balik cuti…hohoho budak baru ar katakan.. ahaks.

Memandangkan ada masa nak menulis kat blog nih… aku nak bagi satu penghormatan kepada Syarikat TM Malaysia kerana berjaya menjalankan tugas selaku pelopor talian tetap kat malaysia nih… HAMPAIH!!!!!!!! itu jer yang mampu aku ucap kat blog nih.. kalau nak menyumpah seranah tu, rasanya 10 kapal selam TLDM pun xmemadai untuk service diorang nih…. Alkisahnye, aku nak tranfer ar line telefon ngan streamyx dari shah alam ke selayang.. Pas buat kol 100 diorang suh g mohon kat center tuk pertukaran alamat dan talian sekaligus dengan streamyx la.. aku pon g la kat seksen 11 shah alam  nun tuk mohon pertukaran alamat.. aku buat permohonan tuh pada tanggal 23 November 2008.. mengikut kata receptionist tuh, pertukaran alamat dan line telefon akan dibuat selepas 7 hari bekerja.. maknanya aku akan dapat guna streamyx ngan telefon pada 30 november 2008 atau 1 december 2008.. Dengan penuh kesabaran aku pun tunggulah perkhidmatan Syarikat TM nih yang kita tau selama nih mereka menjalankan tugas dengan begitu fokus dan jitu…

Nak di jadikan cerita, 2minggu selepas tu, lebihkurang 8 December 2008 aku masih belum terima sebarang feed back dari TM berkenaan dengan status pertukaran yang aku dah buat tuh.. aku pon kol la no HOTLINE dia yang 1800 bla bla bla tuh… udah ler tunggu mesen tuh bagi arahan lama..bila dapat cakap ngan customer services diorang, bleh plak dia kata alamat baru yang aku bagi tuh xda dalam sistem.. pening pala pk.. sebabnye.. sejak aku lahir sampai la umur aku 26 (tahun nih) punya la banyak talian telefon kat kampung tuh… paling best aku siap bagi no jiran aku kat diorang tuk tujuan kaji siasat katanya… tapi diorang masih belum jumpa lagi alamat rumah aku… pelik.. mulut kan ada… p ar rumah jiran aku tuh tanya… kat mana alamat rumah aku… mesti diorang bleh jawab pnye.. xper la.. diorang suh tunggu, aku pon tunggu la..2minggu pas tuh aku kol lagi, tunggu mesen tu bagi arahan, baru dapat cakap ngan customer services dia.. n diorang stil bagi alasan yang sama…. MASIH DALAM TEMPOH KAJI SIASAT!!!!.. What the F**K… Hari nih 26 hb Jan 2009 dah 3 bulan aku menunggu tuk guna streamyx… last aku kol 23 Jan 2009 n seperti yang dijangka alasan yang sama diorang gunakan… yang buat aku menyinga sangat2 nih sebab nak kol 1800 bla bla bla tuh kena  bayar… sekali kol RM30 abeh masuk nih dah lebih 10 kali aku kol… dah RM300 lebih melayang… baik aku bayar bill jer duit tuh dari telefon diorang uat folowup… tapi xda hasil.. aku still tunggu ar tuk seminggu lagi. then kalo masih xda pepe tindakan mmg aku terminate account streamyx aku.. Cela****ka sungguh!!

Di sebabkan kelembabpan perkhidmatan pelanggan streamyx tuh aku dah xdapat update blog nih.. bnyak gak aktiviti akhir tahun lepas aku xdapat nak buh kat dalam blog..huhu.. xpe, dengan kesempatan dan peluang yang ada kat site office nih, aku update la sket aktiviti akhir tahun 2008 sebelom menjelma 2009.. untuk entry kali nih… tapi xdapat la nak cerita semua aktiviti tuh sekarang sebab da basi… wahahahaha.. aku just buh gambar jer kat sini.


Wahahaha… kami semua kat Telok Batik

Kat Pulau Pangkor.. tanam fit

gambar ni jer ar yang dapat aku post tuk akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009.. rasanya belom terlewat tuk aku ucap selamat tahun baru kan… hehe SELAMAT TAHUN BARU CINA….

Topik-topik yang berkaitan:

Penat + xda Masa = Malas
Assalamualaikum, First of all aku nak wish epi ari raya Qurban kepada semua u...
Kenangan Terindah bersama mu
Sebut jer pasal kenangan terindah nih, mesti ada yang fikir pasal kenangan denga...
I'm going for 30. What should I do?
“Memori indah dulu kian menyepi, kehidupan lalu kian menghilang, yang ...
Kejatuhan Nilai emas dan Pengukuhan Nilai USD satu PENIPUAN
“Jika anda ingin mempelopori penguasaan ekonomi di Malaysia, bermula lah dengan ...