Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kebelakangan nih aku lebih gemar menulis entry mengenai emas. Bukan lah nak membangga diri yang emas dah berkilo dalam tangan, tapi nak ajak nkorang semua beralih dari menyimpan duit kertas dengan menyimpan emas. Banyak kelebihan menyimpan emas nih, selain boleh bergaya ala ala mami jarum tuh, korang boleh gunakan sebagai alat sokongan tuk dapat kan bantuan kewangan di masa-masa kecemasan. Tambahan pulak gadget terbaru dari apple nih, IPAD2 dah keluar.. perh.. mengeliur yer x? Tak payah lah aku nak blog pasal duit kertas sebab aku pon masih bergantung harap pada duit kertas nih tuk meneruskan sisa-sisa kehidupan. Kenapa aku cakap camtuh? Iyer lah, banyak blogger tempatan yang blog pasal mata wang ringgit nih nak jatuh macam Somalia, macam duit pisang jepun dan macam macam lag demi nak mengaut keuntungan keatas jualan emas. Ada kebenarannya wang kertas nih boleh susut nilai dan satu hari boleh xbernilai langsung, tapi xbermakna kita dah xperlu langsung duit kertas, cuma tukar cara menyimpan tuh, dari simpan duit kertas kepada simpan emas, jadi tuk mengelakkan nkorang semua termasuk aku nih jadi mangsa spekulasi wang kertas, beralih lah dengan menyimpan emas.


Kalo nkorang semua search kat google pasal Emas Public Gold, mesti nkorang semua dapat baca agent-agent Public Gold bercerita seolah2 diorang xguna langsung duit kertas. Rata-rata kondemkan duit kertas, padahal urusan jual beli masih menggunakan duit kertas. ( Nih kes cakap xserupa bikin lah kot.. ahaks.) Berbalik pada tajuk entry aku kali nih, pemburu emas yamashita.. aku sebenarnya bukan lah nak bercerita tentang lakonan scenario tuh, tapi nak kongsi sedikit pengalaman aku dalam merempit emas nih, so kira memburu emas la kan?. Merempit emas dengan guna duit gaji hasil titik peluh sendiri. Haa. Camner tuh ek?


“Gaji saya cuma RM1000 jer lah Hisham, duit sewa rumah lagi, duit ansuran motor lagi, kereta lagi, perh… xmampulah nak beli beli emas nih.. MAHAL..”

Baiklah, mesti nkorang penah dengar peribahasa hendak seribu daya, xhendak seribu dalih kan? Kalau nkorang nih spesis yang seribu daya teruskan membaca entry nih, tapi kalau banyak sangat dalihnya tuh, boleh lah nkorang semua ngulat2 ke entry yang laen. Kalau gaji nkorang semua secara puratanya RM1000 dan boleh bayar sewa rumah, boleh bayar ansuran kereta dan motor tanpa tertunggak dan boleh simpan RM100 – 200 sebulan, bermakna, nkorang juga mampu beli emas. Ok lah aku anggarkan nkorang semua pakai keta kancil, nek motor ex5 dan sewa rumah murah RM300 sebulan.. Jadi belanja hangus nkorang setiap bulan dalam;

Ansuran Kancil = RM 300
Ansuran EX5 = RM 120
Sewa rumah = RM 300
Jumlah = RM 720 dan setelah tolak gaji bersih, adalah RM 280 tuk buat belanja makan dan simpan.

Aku anggap nkorang semua jenis berjimat cermat ( macam aku… hee ) dan boleh simpan RM 100 sebulan dalam ASB. Pengiraan yang aku buat nih untuk mereka yang betul2 nak mula dari zero.. kalo dah ada simpanan tuh, alhamdulillah…. Entry nih mungkin boleh bukak minda nkorang supaya simpan emas pulak. Jadi secara kasarnya nkorang telah kehabisan RM720 setiap bulan untuk bayar hutang sahaja, dan ramai juga antara nkorang nih yang meminjam pulak sebab dah lari budget. Ok lah xpayah nak melalut panjang-panjang, nanti nkorang muntah pulak nak baca entry nih.

Macam mana nak simpan emas, sedangkan dalam sebulan hanya ada RM100 jer simpanan sedangkan emas segram RM 170 ( emas berketulinan 999 @ 24k ). Formulanya begini, nkorang gunakan jumlah tanggungan hutang sebanyak RM 720 sebulan tuh dengan membeli emas sebelum nkorang semua buat bayaran sewa rumah,hutang kereta dan motor. Ini bermakna nkorang boleh membeli sebanyak 4.5g emas berketulinan 916 pada harga RM157 segram.

Kalau nkorang baca entry aku yang lepas iaitu pelaburan ASB vs pelaburan emas, Ar-Rahn di agro menawarkan sehingga 70% nilai semasa emas. Jadi, sebelum nkorang semua bertindak menggunakan kesemua RM720 tadi untuk beli emas, aku nasihatkan nkorang semua rickey dulu kedai-kedai emas sekitar kawasan rumah nkorang. Biasanya, kedai emas ada menawarkan discount pada emas-emas mereka. Bergantung pada rekabentuk emas tersebut. ( Tolong pastikan ketulinan emas hanya 916 atau 999 ). Emas rekabentuk lama murah harganya berbanding emas reka bentuk baru. Jika nkorang bernasib baik, nkorang boleh jumpa kedai emas yang jual emas pada harga RM 142-RM147 segram. Rate agro pada 2010 adalah RM158.10 segram. Kat sini nkorang bleh markup emas nkorang dalam RM11.10 untuk sgram emas. Berbalik pada entry,jom kira berapa gram emas yang patut nkorang beli dengan modal RM720? Jom kira;

RM720 / RM147 ( harga paling minimum yang dianggarkan.. nkorang mungkin dapat lagi kurang bergantung nasib nkorang ler…) = 4.89gram.

Aku nasihatkan nkorang jgn cari emas yang berat lebih dari 4gram dan biasanya emas yang berat bawah 4gram, nkorang boleh dapat dalam bentuk cincin xpun anting2. Dengan anggapan nkorang berjaya dapatkan sebentuk cincin seberat 3.6gram ( nak senang kira dalam entry ni….) Jom kira;

3.6g( cincin ) x RM147 (termasuk upah simpan) = RM529.20 ( ada baki RM 190.80 dari RM720 tadi…)
Untuk pajak di agro dapat 70% daripada nilai emas, jadi;
3.6g x RM158.10 (nilai belian emas agro pada 2010 ) x 70% = RM398.40 (cash yang nkorang dapat)
Kadar upah simpan untuk 6 bulan = RM 20.50 ( kira-kira RM3.42 sen sebulan.. kompem bleh bayar punya )
Jadi nkorang perlu bayar kat agro sebanyak RM398.40 + 20.50 = RM 418.90


Dengan Cash sebanyak ;
RM398.40 ( Pajak emas ) + RM190.80 ( Baki beli emas ) + RM 280 ( baki gaji nkorang tadi ) nkorang dapat cash terkumpul sebanyak RM 869.20 cukup untuk kegunaan buat bayar hutang kereta, motor dan sewa rumah. So camner nak gandakan emas2 nih?

 

Aku akui bulan pertama nkorang akan sesak sket sebab nkorang dah guna duit maksimum dan xbleh simpan RM100 kat ASB..Tapi xpe.. tuh hanya permulaan lepas nih, nkorang bleh start rempit emas. Bulan kedua, tanggungan hutang nkorang terbahagi kepada RM720 dan hutang emas tadi. Korang bayar seperti biasa tanggungan hutang tadi dan Ingat x simpanan RM100 tuk asb tadi? Nkorang guna tuk bayar balik hutang emas.Pengiraanya macam nih;

Hutang Agro = RM418.90 selama 6 bulan.
Nkorang Bayar RM100 x 4bulan = RM400,

Jadi nkorang boleh tebus emas nkorang pada bulan ke 4. Tapi tujuan nkorang bersusah payah baca entry nih sebab nak tambah emas kan? Jadi nkorang buat pinjaman semula pada bulan ke 5 dengan emas 3.6gram td, nkorang dapat balik Cash dalam RM 398.40 then ikut balik step tadi ( guna duit RM720 tuh tuk beli emas ) Jadi Nkorang dah ada modal sebanyak RM 398.40 + RM720 = RM 1118.40 untuk beli emas yg lebih berat. CONTOH Pengiraan;

Emas (gelang kaki budak ) 7.2gram x RM147 = RM 1058.40 (ada Baki RM 60 dari modal terkumpul tadi )
Pajak di Agro dapat ; 7.2gram x RM158.1 x 70% = RM 796.80 (cash selepas pajak.. dah boleh guna bayar keta,motor dan umah sewa.)
Kadar upah simpan; RM 40.97 ( RM6.83 sebulan… kompem bleh bayar punya.)

Jadi Nkorang sekarang berhutang dengan agro sebanyak;
Emas Set A ( 3.6gram ) RM 418.90 + Emas Set B ( 7.2gram ) RM 796.80 + RM 40.97 = RM 1256.67
Cash nkorang selepas pajak emas set A dan Set B = RM 796.80 + 60 ( baki beli emas set B ) + RM 280 ( baki Gaji bulan ke 5 ) = RM 1136.80 cukup tuk bayar tanggungan hutang kereta, motor dan sewa rumah… siap ada baki RM416.80. ( Dah boleh buat enjoy katak … ahaks )

Kalau nkorang bayar secara consistent RM100 selama 6 Bulan untuk kedua-dua emas, nkorang boleh gandakan lagi emas2 nkorang dengan lebih banyak lagi. Kuncinya nya hanya rajin bayar hutang dan kekal berbelanja hanya RM100 – RM200 sebulan selama setahun, 2 tahun, 3tahun atau ikut perancangan nkorang. Aku dah bagi hint tuk nkorang buka langkah.. Xpayah target banyak banyak, contohnya tetapkan target 50gram dalam masa 3tahun dari sekarang. Nkorang akan mampu tersenyum.. lebiih busuk dari si kerang busuk… Emas-emas yang di pajak di agro boleh beranak pinak kalo nkorang creative susun strategi.. Apa kata nkorang? Nak simpan emas x? Jom jadi pemburu emas Yamashita…. heee

Topik-topik yang berkaitan:

Feng Shui……..which one is yours???
Take just a minute to take this test & see what happens! If you are hon...
Simpanan ASB vs Simpanan Emas Fizikal
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Keinginan memiliki motorsikal idaman mem...
Kejatuhan Nilai emas dan Pengukuhan Nilai USD satu PENIPUAN
“Jika anda ingin mempelopori penguasaan ekonomi di Malaysia, bermula lah dengan ...
Membeli masa
Assalamulaikum dan salam sejahtera, Lama rasanya xmenjenguk blog yang dah b...