Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur kita kepada Allah kerana dipertemukan lagi dalam siri penulisan di weblog Ketuk_Angel. Tidak banyak yang dapat aku kongsikan bersama nkorang semua di sepanjang penubuhan weblog ini, yang ada hanyalah pendapat peribadi dan sedikit penulisan yang mungkin boleh dijadikan iktibar dan pengajaran sesama kita. Bermula dari siri penulisan pendapatan online, teknik menjana traffic, mahupun membincangan isu politik semasa, aku merasakan belum puas untuk aku meluahkan pendapat peribadi dan berkongsi dengan nkorang semua.  Bertemankan lappy usang ini, aku menyalurkan idea-idea dan tips –tips yang mungkin boleh dikongsikan bersama.Tajuk entry kali ini sangat hangat diperbincangkan dalam mana2 forum mahupun blog iaitu perbandingan antara sumber pendapatan pasif dan pendapatan aktif. Rata-rata antara nkorang mesti tahu apa itu pendapatan aktif dan pendapatan pasif.  Sumber pendapatan inilah yang membuatkan nkorang berbelanja setiap hari. Sumber ini jugalah yang membezakan nkorang samaada miskin, sederhana, ataupun kaya. Pentingkah kita memilih sumber menjana pendapatan ini? Jom ikut aku berfikir sejenak dua.Ramai orang tahu apa itu pendapatan aktif. Semua pekerja yang bekerja 8jam sehari termasuk OT dan kerja-kerja part time juga adalah merupakan sumber pendapatan aktif.  Ia dinamakan pendapatan aktif ialah, kita kena bekerja untuk mendapatkan sejumlah gaji pada setiap hujung bulan. Sekiranya kita tidak bekerja walaupun sehari, gaji kita akan berkurang mengikut bilangan hari tidak bekerja. Jadi, semua orang didunia ini yang namanya makan gaji, lebih rela bekerja daripada bercuti sehingga mengabaikan kesihatan sendiri dek kerana takut gaji berkurang. Bila gaji dah kurang, perbelanjaan harian pon boleh jadi terbantut.  Mulalah nak jimat sana, nak jimat sini, nak pinjam sana, nak pinjam sini dan akhirnya hidup menjadi tertekan sebab kesempitan hidup. Dalam tahun 2011 kalau gaji sebulan RM2000 dah tergolong sebagai rakyat miskin. Perbelanjaan kasar setiap bulan bagi individu perseorangan termasuk sewa rumah, hutang kereta, hutang motorsikal, Bil utiliti,  dan belanja dapur sudah melebihi RM2000. Jadi terpaksa lah buat kerja lebih masa. Tapi sampai bila tubuh badan kita boleh bertahan dengan beban kerja yang melampau?


Pendapatan pasif merupakan pendapatan yang dijana dari satu pekerjaan yang sedikit tetapi memperolehi pulangan yang menguntungkan. Sebagai contoh, simpanan Tetap, ASB,ASW,ASG dan sebagainya. Penyimpan boleh mendapat keuntungan sehingga 7% dari jumlah simpanan yang dibuat. Namun, hanya segelintir sahaja yang sedar akan kelebihan menyimpan di ASB. Selain menyimpan di ASB, terdapat juga golongan yang menjana pendapatan pasif melalui perkhidmatan. Sebagai contoh, perkhidmatan tukaran wang syiling. Pembekal syiling menjana keuntungan sekitar 4% – 5% bagi setiap tukaran wang. Mereka hanya perlu melabur sekali, tetapi mendapat pulangan berlipat kali ganda. Begitu juga halnya bagi penyedia mesin vendor seperti menjual air tin dan air kotak, menjual air paip kitar semula seperti DR Sukida, mereka hanya memerlukan sejam atau dua jam sehari untuk bekerja, tetapi menjana pendapatan mencecah RM300 ke RM400 sehari. Lain pula halnya bagi pemilik hartanah, mereka hanya menyediakan premis untuk disewa, dan menjana keuntungan berlipat kali ganda setiap bulan.

Bidang perniagaan merupakan satu bidang yang dituntut dalam islam, kerana 9 daripada 10 sumber pendapatan adalah dengan menjalankan perniagaan. Namun, pemilihan produk untuk dijual juga mempengaruhi keberkatan keatas setiap perolehan. Namun terdapat juga bidang perniagaan yang menuntut untuk kita bekerja lebih dari masa yang sepatutnya, sehinggakan berniaga lebih meletihkan dari bekerja makan gaji.Sejauh mana keberkesanan  sumber pendapatan itu, bergantung pada diri masing-masing. Asalkan sebagai umat islam, ianya terdiri dari sumber yang halal.

Namun, disebalik keghairahan mengejar kekayaan, jangan lah diabaikan tuntutan agama, halalan toyyiban itu penting. Hati takkan tenang kalau sumber rezki itu datang dari sumber yang tidak halal. Tak kira lah nkorang kerja makan gaji ker, buat pendapatan pasif ker ataupun berniaga. Pastikan sumbernya halal dan tidak meragukan. Macamner nak bezakan sumber itu halal atau pun x, selamat menggoogle lah yer. Jadi sebagai kesimpulan bagi entry kali ini, dapat aku ringkaskan ;

Dari segi…. Pendapatan Pasif Pendapatan Aktif
Masa Besama Keluarga Bila – bila anda boleh melihat anak-anak anda membesar dan mendidik mereka dengan lebih sempurna. Hanya 2jam dapat diluangkan bersama anak-anak itupun kalau x buat OT. Xtermasuk hubungan suami isteri.
Jumlah RM Sebulan Tidak tetap dan sentiasa meningkat bergantung kepada jenis pelaburan. Tetap dan meningkat pada kadar yang sangat sedikit, tak padan dengan kadar kenaikan harga barang keperluan.
Tekanan Hidup Kurang tekanan tetapi amat berisiko. Kurang risiko tetapi amat tinggi tekanan jika tidak mengurus masa dengan betul.
Jenis pekerjaan Pelaburan Hartanah, Pelaburan Simpanan, Pelaburan Mesin Vendor, Pelaburan emas, serta bidang perniagaan dan perkhidmatan Doktor,Pensyarah,Pekerja am, Pemandu Lori, dan sebagainya.
Masa bekerja Masa bekerja kurang dari 5jam sehari, namun pendapatan harian boleh mencecah RM300 – RM400 Masa bekerja 8jam sehari, kadangkala terpaksa buat kerja lebih masa untuk menampung kos hidup. Gaji tetap dan tidak perlu risau risiko sales kurang.
Risiko dibuang kerja Tiada sama sekali Tinggi ( bergantung kepada majikan )


Begitulah sedikit sebanyak perbezaan yang ketara antara pendapatan aktif dan pendapatan pasif  yang dapat aku kongsikan bersama nkorang-nkorang semua. Harap-harap mendapat manfaat dari setiap butir penyampaian dalam entry kali ini. Dan akhir kata, aku juga sedang mendapat sedikit pendapatan pasif dengan menulis entry ini. Kalau nkorang rasa entry ini berguna untuk dikongsi, jangan lupa tekan butang share supaya penulisan aku nih dapat dibaca oleh rakan facebook nkorang. Thanks pada yang share. Sharing is caring.  Adious amigos brasdos….

Topik-topik yang berkaitan:

6 cara basic jana pendapatan secara online
Assalamualaikum dan salam sejahtera Lama sudah x menulis didalam blog nih, je...
10 idea mencari hadiah undangan perkahwinan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Seperti biasa aku bagi salam kat nkorang t...
Bisnes Online vs Bisnes Offline
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama rasanya xmenulis dalam blog nih. Ri...
Cara letak signature dalam Blog
Assalamualaikum, ringkas jer kali nih... aku just nak ajar nkorang camner nak bu...