Hari Buah Pinggang Sedunia adalah inisatif kerjasama antara Kesatuan Nefrologi Antarabangsa (ISN) dengan Yayasan Persekutuan Buah Pinggang Antarabangsa (IFKF)

Ia diancarkan buat pertama kalinya pada tahun 2006 dan diraikan pada hari Khamis kedua pada setiap bulan Mac. Pada 8 Mac 2007 Hari Buah Pinggang Sedunia telah disambut di 66 buah Negara. Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia kali ini berlangsung pada 13 Mac 2008.

Tujuan diadakan hari Buah Pinggang Sedunia ini adalah untuk menimbulkan kesedaran tentang betapa pentingnya buah pinggang kita- organ tubuh yang sungguh menakjubkan yang memainkan peranan yang penting untuk kita terus hidup dan sihat dan juga untuk menyebarkan maklumat bahawa penyakit buah pinggang adalah satu perkara yang biasa, berbahaya dan boleh dirawati.

Peranan utama yang dimainkan oleh buah pinggang kita (yang saiznya hanyalah sebesar penumbuk dan terletak jauh di dalam abdomen, di bawah tulang rusuk) adalah untuk menyingkirkan toksin-toksin dan mengeluarkan air dari darah. Setiap hari buah pinggang akan menapis dan membersihkan 200 liter darah sejumlah kuantiti yang boleh memenuhi 200 botol atau 20 baldi! Di samping itu buah pinggang juga membantu kita mengawal tekanan darah tinggi, menghasilkan sel-sel darah merah dan membuatkan tulang kita sihat.

1. Apakah itu Penyakit Buah Pinggang Yang Kronik (CKD)?
FAKTA: CKD wujud apabila seseorang itu mengalami peningkatan albumin di dalam kumbuhan air kencing atau penurunan fungsi buah pinggang yang besar atau kadar Penapisan Glomerular (Glomerular Filtration Rate- GFR)

2. Sejauh mana penyakit buah pinggang kronik ini dianggap biasa?
FAKTA: Lebih 500 juta orang di seluruh dunia -10% polulasi dewasa-mengalami kerosakan buah pinggang, dan setiap tahun berjuta-juta mereka yang meninggal dunia kerana penyakit jantung berkait rapat dengan CKD

3. Apakah punca-punca penyakit buah pinggang kronik?
FAKTA: Secara globalnya punca-punca CKD adalah kerana `nephrotic atau keradangan pada buah pinggang, jangkitan kuman, kegagalan di dalam pembuangan air kencing dan penyakit keturunan seperti penyakit buah pinggang Polistatik. Ini juga mengubah pandangan negara-ngara membangun dan sedang membangun terhadap penyakit kencing manis dan hipertensi, yang mana juga merupakan punca-punca biasa penyakit serangan jantung (CVD).

Sekiranya buah pinggang kita telah kehilangan keupayaannya untuk berfungsi, kita menyatakan bahawa ia adalah penyakit buah pinggang kronik (CKD). Ia adalah penyakit yang `senyap dan selalunya tidak disedari kemunculannya kerana ia bukan penyakit yang dirasai secara fizikal. Namun begitu ia memberi kesan kepada kebanyakan manusia yang kita mungkin dapat dapat bayangkan: kajian-kajian terhadap kehidupan pelbagai kaum yang tingal di benua-benua yang berbeza di muka bumi ini menunjukkan bahawa 1 daripada 10 orang dewasa menghadapi masalah buah pinggang yang rosak.

Mereka yang menghadapi penyakit buah pinggang kronik berisiko 10 kali lebih tinggi untuk diserang penyakit jantung dan angin ahmar (Strok). Kesihatan pada buah pinggang mereka juga semakin menurun sehinggakan sampai pada satu peringkat buah pinggang mereka perlu diganti (ia dikenali sebagai `end-stage renal disease) . Sama ada pesakit menerima buah pinggang yang baru dan melakukan pembedahan pertukaran buah pinggang atau mereka terus hidup dengan mengadakan ` proses dialisis- biasanya dengan mesin khas yang bertindak membersihkan darah tiga kali seminggu

Kita bernasib baik kerana boleh mengesan penyakit buah pinggang kronik ini di peringkat awal dengan mudah. Senang saja, ujian air kencing, darah dan tekanan darah tinggi boleh menunjukkan tanda-tanda awal masalah- masalah buah pinggang. Apa yang penting jika kita mengetahui masalah-masalah ini di peringkat awal, kita boleh memperlahankan atau menghentikan penyakit buah pinggang kronik ini, dengan mengambil ubat-ubatan dan menukar sebahagian cara hidup kita.

Mengesan dan merawat CKD di peringkat awal bukan sahaja melambatkan atau menghentikan perkembangan penyakit ini sampai ke tahap akhir, tetapi juga secara signifikasinya mengurangkan berlakunya serangan jantung yang merupakan penyakit yang membawa maut paling biasa berlaku di seluruh dunia ini.

Hospital Selayang
13hb Mac 2008 (Khamis)
Forum Awam 1030 am – 12 pm; bertajuk “Kenali Buah Pinggang anda” di Auditorium Utama Ujian saringan percuma : 9 am – 4 pm, Lobi Utama, Hospital Selayang

Hospital Sungai Buloh
11hb Mac 2008 (Selasa) Forum Awam 1030 am – 12 pm; bertajuk “Kenali Buah Pinggang anda” di Auditorium Utama Ujian saringan percuma : 12pm – 4 pm, Level 3, Hospital Sungai Buloh

Topik-topik yang berkaitan:

Bahana Tidur – jadikan iktibar
Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan mem...
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ….
Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas ...
5 Ways to Fight Depression
If you feel depressed, it's best to do something about it — depression doesn't j...
Weight gain tips & tricks
How to gain weight. Trying to add weight is something that's not easy to do and...