Assalamualaikum,

Lagi sebulan aku akan melangkah ke alam baru selepas 27tahun bergelar teruna ( ahaks ). Alam yang orang kata penuh dugaan dan cabaran.  Kalau dulu, aku berbelanja hanya sekadar RM400 – RM600 sebulan, bulan depan perbelanjaan tuh mungkin berganda, atau pun aku terpaksa berdiet cket sebab nak kena syer berdua dengan isteri yang tercinta.. Banyak lagi perkara yang berkaitan dengan duit perlu aku fikirkan dan kongsi bersama dengan isteri aku nanti bagi mengharungi badai perkahwinan. Maka secara tak langsung aku menjawat jawatan menteri kewangan pertama dalam kerajaan yg bakal aku perintah nanti… cewah..

Bukan mudah untuk mentadbir sebuah kerajaan kecil ni.. yang mana memerlukan perancangan, pengorbanan dan kesabaran yang kuat untuk melahirkan waris2 yang mampu menjadi insan yang berguna. Selain pendidikan agama, perkara paling penting perlu dititikberatkan adalah penyaluran kewangan kearah pelaburan yang betul dan berkesan.

Mengapa kita perlu menyalurkan kewangan kita kearah pelaburan yang betul dan berkesan? Bagi diri aku la kan, tahun pertama kahwen nanti mesti merupakan satu pengalaman yang sukar..ye lahkan, 27tahun hidup sendirian, tetiba jer nak berkongsi ngan orang len.. mestia agak2 terkujat jugakla.. Yang mana nak bayar bil tipon ( of coarse la dah jimat sebab xpayah nak bergayut lagi ) ,mana nak bayar installment keta, mana nak bayar installment rumah, mana nak bayar card creadit ( kes nak belagak kaya la nih ) mana nak ngulor mentua lagi.. sesedara yang kaki ngepaw… perh… duit duit duit…. kopak beb.. Kalau x betul2 manage duit gaji yang ciput dan cedut nih.. mmg lagi 3 tahun boleh jatuh kedana…hohohoho .Baru hidup berdua jer aku dah mula pening pening lalat nak memikio macam ner nak manage bagi stabil sambil melangsaikan hutang2.. termasuk ler hutang2 kengkawan yang xberinterest tuh…

Hahaha..aku bercerita macam ler aku dah dengar perkataan keramat pak kadi tuh yang kata sah aku jadi suami orang… hahahaha.. Kalo di ikut2kan ati nih, rasa gerun pon ada bila memikio tanggungjawab… tp apakan daya.. naluri gatal ku ini telah mengatasi segala-galanya… wakakaka.

Berbalik kepada tajuk perbincangan kali nih, Adakah public fine gold dan barang kemas merupakan satu pelaburan? Kalau kita lihat arus pengiklanan internet, rata-rata mempromosi kaedah kaedah terkini nak jadi cepat kaya.. dan yang paling meletop sekarang nih adalah vemma..Menawarkan kepda kita produk minuman jus buah-buahan sambil ber’MLM’. Bagi pengedar2 lama yang telah berjaya mempromosi jus buah-buahan nih sudah tentu mendapat pulangan lumayan beribuan ringgit setiap hari seperti yang digambarkan dalam keserata medium pengiklanan ahli vemma. Tetapi bagaimana dengan yang dibawah??

Kita tinggalkan dunia ke’MLM’an nih buat seketika.. bukan apa.. penat nak tengok angka ribuan ringgit tuh… tapi xnampak pon hasilnyer.. ahaks. Topic post aku kali nih ada berkaitan dengan pelaburan jugak, tp bukan ler pelaburan internet yang menipu tuh… nih pelaburan sebenar dan di ceritakan di dalam Quran.. Pelaburan yang aku madsudkan nih adalah dengan membeli emas tulin 999 dan 916 secara berperingkat2 sebagai simpanan peribadi dan mengunakannya untuk melabur. Kalau sekitar 2007 dulu aku ada mengkaji sedikit sebanyak pasal harga emas nih, iaitu RM113 segram, tapi pada  akhir 2010 harga emas telah melonjak naik sehingga mencecah RM155 segram. Kalo budget nak beli cincin kawen dalam RM900 tuh mmg dapat beli yang ringan jer ler.. kesian kat bini aku.. ahaks.. tp xper.. dia x sekesian mereka2 yang belum kawen2 tuh.. sebab pada masa diowang kawen pulak mungkin belanja makin tinggi ataupun cincin emas dapat 0.5 gram jer sebab nak jimat kos… so… adik adik… cecepat le kawen… ahaks

Pinjaman Bank Agro berdasarkan sistem Ar-Rahn

So aku telah memberanikan diri dengan mengunakan duit kahwen aku untuk memulakan langkah pertama dalam pelaburan emas. Aku telah membeli 2 keping siling emas bernilai 1 dinar pada ketulinan 916 dengan berat 4.25 gram setiap keping. Siling ni bersaiz kecil sedikit dari siling seposen tapi bernilai RM660 ( harga emas semasa dibeli ) sekeping. Aku juga telah menggunakan seluruh creadit limit pada kad creadit aku untuk membeli seutas gelang tangan pada ketulinan 916 dengan berat 20.97 gram pada harga RM3079 termasuk 3% cas kad kredit. Aku beli gelang tangan nih pon sebab xdapat nak swipe kad kreadit tuk beli siling emas dengan pokli.com. Tuk pengetahuan nkorang, siling emas nih boleh di beli dengan kad kredit, tapi nkorang kena terbang / nek bas / nek ferry ke penang tuk dapatkan siling emas nih sebab cawangan public fine gold x terima pembayaran kad kredit. So tuk jimat tambang ferry dari langkawi ke penang yang mencecah RM200, lebih baik aku bayar 3% cas perkhidmatan kad kredit n dapat emas yg lebih berat.

Jadi dengan berbekalkan 29.47 gram emas, aku bawa ke bank agro untuk di gadaikan sehingga 70% margin harga emas.

1) 1 Dinar Public Gold

Tarikh Gadaian : 14/11/2010…………..Matang : 14/4/2011
Nilai Marhum : 645.60
(645.60/ 4.25g = Rm151.9/gram)

Pinjaman : 65% = RM410.00…..

Upah Simpan : RM23.8( untuk 6 Bulan = Rm3.97  sebulan….murah gilerrr caj dia kan?)


2) 20.97g x 1 + 4.25g x 1  Dinar Public Gold

isi borang kedua dan dapat 70%…ya beda bedu….

Nilai Marhum : RM3830.91
(RM3830.91/ 25.22g  = RM151.9/gram)

Pinjaman : 65% = RM 2490

Upah simpan : RM137.91 ( untuk 6 Bulan = Rm22.99  sebulan….murah gilerrr caj dia kan?)

Oleh itu aku telah memperolehi jumlah wang sebanyak RM 2490  +  RM 410 = RM 2900 satu jumlah yang mencukupi untuk menambah perbelanjaan kahwen dan mampu bayar untuk tebus semula emas2 tadi. Untuk pengetahuan nkorang, kelebihan meminjam dengan sistem Ar-Rahn ni adalah nkorang boleh bayar installment bulanan ikut suka hati mak bapak nkorang tanpa ada cas lewat bayar seperti pinjaman bank biasa. Ini bermadsud, aku xperlu nak rasa tertindas sebab berhutang… Aku leh bayar rm100 ker, rm200 ker, nak bayar mingguan ker, nak bayar bulanan ker, nak tebus sekali gus pon boleh… asalkan emas tuh aku tebus dalam masa 6bulan..

Apa akan jadi pada emas aku tuh kalo xditebus dalam masa 6bulan?

Aku xperlu risau pasal ni pon… aku ada buat 2 surat gadaian semasa menggadai emas2 aku tuh yang mana satu surat bernilai RM 410, dan satu surat lagi bernilai RM 2490. Aku perlu tebus dalam masa 6bulan. kalo xtertebus dalam masa 6bulan, Bank Agro akan call aku bagitahu tempoh gadaian tamat dan mereka akan minta aku upgrade perjanjian gadaian untuk 3bulan tempoh lanjutan.. jadi aku masih ada 9bulan tuk menebus kembali emas2 tuh… Kalo masih pokai gak nak tebus, Bank agro akan bagi lagi tempoh kesian kat kau selama 2bulan terakhir sebelom emas2 aku dilelong oleh pihak bank… Jadi jumlah keseluruhan masa perlu bayar pinjaman menjadi 6 + 3 + 2 = 11bulan .Haha emas aku tuh insyaallah xkan tergadai kerana aku akan bermatian2 tuk bayar sebab xmo di lelong bank..

Apa beza hutang Creadit Card dengan Hutang Ar-Rahn?

Memandangkan aku beli gelang emas dengan gunakan kad kredit, bermakna aku sekarang berhutang dengan kad dan Agro.. dua beban tuh… tp apasal aku leh relex? Ngehehe.. nak buat camner kan.. dah duit xcukup, kena la meminjam.. tp kalo kena dengan cara pembayaran dan pengunaan.. insyaallah xmemudaratkan selagi aku xlupa diri semasa berbelanja. Penggunaan kad kredit sebenarnya memberi kelebihan kat aku tuk berbelanja. walaupun aku kena bayar rm 600 sebulan kat kad kredit sekali pon. aku tetap leh berbelanja dan bayar bil2 utility dengan guna kad kredit tuh… Jadi aku akan terus bayar sambil guna kad tuh.. so xda apa2 effect sangat dalam perbelanjaan harian.

Bagi agro plak, aku cuma bayar rm400 sebulan untuk kedua2 surat gadai janji, walaupun sepatutnya aku perlu bayar RM 500 sebulan. Target aku nak kasi setle surat gadai yg pertama dalam masa 3bulan, so aku leh sediakan duit yg cukup tuk tebus emas2 dalam surat gadai yg kedua. Dalam perkiraan yg aku rancangkan ( insyaallah berjaya ) aku akan berhutang dengan Agro sebnyak RM 1050 pada bulan keenam nanti yg mana aku akan tebus guna duit gaji jer masa tu… bulan keenam tuh papa kendana la sket.

Kenapa la aku suka sangat berhutang nih?

Hehe.. soalan cepu emas nih.. Nak beli cash xmampu.. so berhutang ler jawapnya. tapi dengan disiplin yg tinggi hutang2 tuh boleh dilangsaikan dengan segera. Insyaallah asalkan jangan tertangguh dan sengaja lari dari bayar hutang.. Guna duit memang sedap.. tapi nak bayar tu yg satu penyeksaan. Apa nak herankan sangat, aku berhutang nak beli emas, nkorang berhutang nak beli keta, rumah, motor,  dan memacam la.

Apa yang aku seronokkan sangat kat sini ialah, aku hutang emas, leh gadai lagi selagi emas2 aku tuh x terlelong.. bila masa2 terdesak.. sebb xperlu nak penjamin pon bila gadai2 emas nih. Tapi kalo aku uat pinjaman peribadi, abih bayar utang, kena mohon lagi, silap2 kena black list sebab selalu ada tunggakkan bayaran. Yer la kan.. kita mana tau masa2 depan nih.. bini nak bersalin ker, anak sakit ker.. kena buang keja ker ( nauzubillah ) macam2 la. free viagra samples before buying. kalo pinjaman bank biasa kan dah terkaduk nak bayar… silap ari bulan pinjaman boleh berganda, kereta kena tarik, rumah kena lelong… tapi kalo pinjam guna emas nih… terlewat bayar pon sapa ada kisah… selagi dalam masa 11bulan nkorang leh suka ati mak bapak jer nak bayar berapa atau bila bila ada duit lebih…

Banyak beza tuh… Pinjaman biasa interest tinggi, pinjaman emas interest terlalu rendah… nilai pinjaman pulak tinggi bergantung pada kuantiti emas yang aku ada lah… hee.

Sedikit perbezaan ketara yang aku nampak antara pinjaman biasa dan Ar- Rahn

Pinjaman Bank                                                         Ar – Rahn

Interest mencecah 24% setahun                           bergantung pada nilai emas

Ada denda lewat bayar                                           Tiada

ada potensi kena blacklisted                                  Tiada

Habis bayar kena pinjam lagi                                 Habis bayar dapat semula                                                                    emas kita

Ada potensi dapat status bankrupsi                     Tiada

Risiko kena kejar dengan Bank                             Tiada

Perlu penjamin                                                        Tiada

Masa proses yang lama                                          30minit dah dapat cash.

Ada banyak lagi sebenarnya perbezaan dan keuntungan buat pelaburan emas nih… nanti kalo ada masa yang panjang dan idea yang bernas nak menulis, aku akan buat posting baru plak macam ner nak kumpul emas nih kalo nkorang xnak berhutang macam aku… mata pon dah letih.. korang pon tentu penat baca entry aku yg panjang nih. Terima kasih aku ucapkan sebab sudi habiskan, semoga apa yang dapat aku kongsikan kali ini dapat memberi manfaat kepada nkorang semua.. Assalamualaikum

Topik-topik yang berkaitan:

Feng Shui……..which one is yours???
Take just a minute to take this test & see what happens! If you are hon…

Adsense Alternatives – Monitizes your revenue
Google AdSense is the current leader in content-sensitive web-based marketing. W…

10 PERKARA YANG TAK MAMPU DIBELI DENGAN DUIT
DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewas…

Membeli masa
Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Lama rasanya xmenjenguk blog yang dah b…

Topik-topik yang berkaitan:

Feng Shui……..which one is yours???
Take just a minute to take this test & see what happens! If you are hon...
[Watch] Thor: Ragnarok (2017)
Thor: Ragnarok (2017)DirectorTaika Waititi.ProducerKevin Feige.Production Compan...
Pemburu Emas Yamashita
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kebelakangan nih aku lebih gemar menulis...
Membeli masa
Assalamulaikum dan salam sejahtera, Lama rasanya xmenjenguk blog yang dah bersa...