Dream Bungalow

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Macam best jer tajuk entry kali nih, “ Mission in action atau Missing in action ?” Kalau baca tajuk, macam nak share sesuatu yang berharga ngan nkorang semua. Tapi sebelum tuh, jom kita pakat usha balik apa yang aku nak buat bila mencapai usia 30. Dalam entry tuh, semangat punya berkobar-kobar dan sebagai hasilnya pada penghujung tahun 2011 nih, tercapai lah juga sedikit sebanyak apa yang dihajati tuh. Antara yang disebut-sebut dalam entry “Apa yang perlu aku buat bila usia mencecah 30” adalah;

1) Menstabilkan status kewangan
2) Menjadi lebih Fokus
3) Berkahwin
4) Membeli sebuah bungalow ( perhhh budget 2012 nih cam best jer )
5) Menyelesaikan Hutang piutang

Sepanjang 2011 nih, aku telah menjinak-jinakkan diri dalam pelaburan emas. Ada beberapa entry berkenaan pelaburan emas telah aku tulis sepanjang 2010-2011 bagi merialisasikan “checklist” maut aku tuh. Keberkesanan pelaburan emas nih memang cukup terasa kerana dalam masa setahun jer, aku dah boleh memperolehi keuntungan sehingga 20% – 27% kerana bahang kenaikan harga emas. Walaupun sasaran akuuntuk memperolehi 50g emas pada hujung tahun 2011 masih belum tercapai, tapi Alhamdulillah aku masih dalam landasan yang betul dan kearah mencapai 50g. Emas terkumpul yang sedang dilaburkan setakat entry nih ditulis adalah berjumlah 32.5g.

Aku menggunakan emas-emas terkumpul nih untuk mengurangkan interest pinjaman peribadi yang aku buat masa nak kawen dulu. Kalau nkorang nak tau macam ner aku kurangkan interest pinjaman bank, nkorang kenalah ngulat-ngulat ke entry emas aku tuh. (heeee).

Sepanjang 2011 nih, status kewangan aku boleh dikatakan xberapa stabil lagi sebab masih berlambak hutang yang perlu dijelaskan. Tetapi, aku merasakan, aku masih on track sebab masih belum cecah usia 30 lagi kan. (heeee )

Dalam meneruskan usaha aku untuk menstabilkan kewangan, aku jugak cuba untuk lebih focus dalam penulisan di blog dan bidang perniagaan. Apa yang aku boleh banggakan kat sini, aku dah pun memulakan perniagaan jualan prepaid dan perkhidmatan kiriman wang ke Indonesia. Jadi kalo yang baca nih teringin nak anta duit ke Indonesia, boleh lah hubungi aku dengan cas perkhidmatan yang berpatutan.

Untuk mengelakkan perniagaan aku nih di cap ‘HARAM’ pada mata kerajaan, aku telah pun mendaftarkan perniagaan aku atas nama Raffel Enterprise. Banyak kelebihannya bila dah daftar niaga nih, antaranya nkorang xperlu risau kena rush ngan pegawai penguasa tempatan. Aku juga menjalankan perkhidmatan membaikpulih komputer dan telefon bimbit secara sambilan sebab sekarang nih aku masih lagi site supervisor.( sambil nyelam minum air ) Tak perlulah aku cerita tentang keuntungan berniaga dalam entry kali nih, cukup sekadar berkongsi sedikit kejayaan yang aku capai sepanjang 2011 nih.

Fokus pada kerja dan perniagaan menyebabkan kepala aku serabut dan kadangkala jadi xtentuhala tujuan. Bagi mengelakkan aku terjerumus kearah penyakit kegilaan, aku telah mencari jodoh untuk diri aku sendiri. Bila dah kawin nih, hidup tuh jadi tenang kerana makan pakai terjaga rapi. Aku cuma perlu meneruskan perjuangan hingga selesai sebab urusan rumah semua dah bagi kat isteri.. (heehhee) Kalau nkorang semua nak rasa ketenangan yang hakiki, jom pakat ramai-ramai cari jodoh dan pasang niat nak kahwin dari sekarang. Insyaallah nkorang akan memperoleh ketenangan yang dicari.

Bila dah kahwin nih, urusan dan tanggungjawab jadi dua kali ganda susahnya. Tapi Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Perkara yang paling menggembirakan adalah bila isteri aku disahkan hamil. Makin cerah lah peluang aku tuk bergelar bapa sebelum usia 30an. Sekarang aku masih menunggu detik-detik kelahiran cahaya mata sulung aku tuh. Cabaran dan dugaan menjadi bakal parent nih hanya Allah jer yang tahu. Kalau ada kesempatan, insyaallah aku akan share ngan nkorang suasana bila nak menjadi parent nih.

Cuma ada lagi “checklist” yang masih belum betul terusik iaitu, membeli sebuah bungalow dan menyelesaikan hutang-hutang dengan sempurna. Apa-apa pun budget 2012 nih semacam menyokong hasrat hati aku nih bila Dato Sri Najib mengumumkan skim pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM400k. (Boleh beli bungalow tuh..)

Begitulah sedikit sebanyak pencapaian yang boleh aku banggakan dan aku rasa seronok nak share ngan nkorang semua. Harapan aku supaya apa yang aku rancangkan dipermudahkan oleh Allah dan tidak lagi “missing in action” seperti tahun-tahun sudah. Kalo nkorang ada apa-apa pendapat atau kritikan, jangan segan silu tinggalkan jejak kat ruangan komen nanti yer… Adios amigos brasdosss….

Topik-topik yang berkaitan:

fvfdv
vfdf
Ada apa dengan Langkawi - Edisi Mencari Beronok
Assalamualaikum.. dan salam sejahtera, Aktiviti hujung minggu biasanya aku ak...
Bini-biniku gangster VS Hantu Bonceng
Assalamualakum dan salam sejahtera Memenuhkan hujung minggu dengan menontong ...
Berfikir diluar kotak
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia Dari kuala lumpur ke kuala perlis Singgah...